Sunday, November 4, 2007

Wudhuk Bagi Orang Yang Disimen Anggotanya

Bagaimana wudhuk bagi orang yang patah tangan dan disimen di pergelangan tangan hingga ke siku.Simen tersebut akan dibuka selepas sebulan ?


Dalam hal ini, pesakit tersebut hendaklah bertayammum iaitu menepuk kedua belah tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Kemudian bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk di atas debu yang baru. Tapak tangan kanan menyapu tangan kiri, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan walaupun di atas simen. Sekiranya pesakit tersebut berkeupayaan untuk mengambil wudhu' maka dia hendaklah membasuh anggota-anggota yang boleh disapu air. Sekiranya dia tidak berkemampuan (darurat sekiranya terkena air) memadai bertayammum sahaja. Satu perkara yang perlu diingati oleh setiap muslim, solat wajib dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun mengikut kemampuan masing-masing dan solat tersebut wajib diqadha' apabila sembuh.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

No comments: