Showing posts with label PENAMPILAN. Show all posts
Showing posts with label PENAMPILAN. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Aurat Wanita

Soalan:Benarkah menurut mazhab Syafie muka itu dikira termasuk dalam aurat dan wajib ditutup?

– Mansor Salleh, Azman Mahusin, Klang

Jawapan: Menurut apa yang dapat kita faham daripada mazhab Syafie, muka dan tangan itu bukan termasuk dalam bahagian aurat dan tidak wajib menutupnya melainkan pada masa tertentu apabila ditakuti berlaku fitnah. Demikianlah menurut riwayat yang masyhur daripada mazhab kita Imam Syafie sesuai dengan pendapat sahabat besar Ibnu Abbas r.a. Imam seluruh ahli tafsir yang telah mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram) serta memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya sahaja, iaitu muka dan tangan dan perhiasan yang terdapat padanya (surah an-Nur 31).

Inilah aurat yang jelas diarahkan semasa kita beribadat kepada Tuhan, iaitu semasa solat dan haji atau sebagainya kerana itulah aurat yang amat sopan pada pandangan agama. Adapun perbuatan Rasulullah memalingkan muka Fadhli sepupunya dari terus melihat muka wanita khath’amiah itu, yang berada dalam pakaian ihramnya kerana dibimbanginya boleh mendatangkan fitnah. Hakikat ini jelas daripada jawapan baginda sendiri apabila ditanya oleh bapa saudaranya, kenapa engkau palingkan muka anak bapa saudaramu dari melihat wanita khath’amiah itu? Sabdanya: Aku takut syaitan akan menpengaruhi mereka berdua yang masih muda remaja itu. Jadi kalau disuruh dan ada yang menutup mukanya pada pandangan kita ia bukan semestinya kerana aurat malah mungkin juga kerana bimbangkan berlaku fitnah.

Jangan ada mereka yang mudah keliru antara keduanya kerana perbezaannya agak ketara kerana kalau tutup muka itu dituntut kerana aurat, maka ia perlu ditutup selama-lamanya dan tidak dibenarkan membukanya lagi sekalipun semasa melaksanakan ibadat.

Tetapi sekiranya arahan menutup muka tadi kerana mengelak dari fitnah, maka ia diwajibkan semasa kemungkinan berlaku fitnah sahaja. Dan masa-masa tertentu juga mereka tertentu sahaja bukan semua orang tetapi hal ini tidak berlaku, bagi mereka yang berada dalam amalan ibadat dan sebagainya dibenar malah diarahkan supaya membuka muka dan tangannya. Pada pandangan kita Allah sekali-kali tidak mengarahkan sesiapa untuk membuka auratnya lebih-lebih lagi bila melakukan ibadat kepada-Nya. Wallahualam.

sumber

Hukum Pakai Gelang Perubatan

Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah.

Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan?

JAWAPAN:

Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.

Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini “sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya.”

Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah.

sumber

Tuesday, January 29, 2008

Batas Kehidupan Gay

SOALAN:Saya seorang gay dan persoalan yang sering timbul dalam kepala saya kenapa agama Islam tidak dapat melayani kami daripada kumpulan gay ini? Kenapa hak golongan mereka ini tidak ada dalam Islam sedangkan golongan mereka ada tercatat dalam al-Quran?

– Gay keliru,KK.

JAWAPAN: Kebebasan yang dihormati oleh Islam hanyalah kebebasan berfikir bukan kebebasan seks atau nafsu syahwat. Lantaran itu dikawalnya dengan peraturan perkahwinan antara dua pasangan yang berlainan sahaja bukan sesama jenis. Kemahuan nafsu harus disalurkan kepada tempatnya yang disediakan.

SETERUSNYA

Umat Islam diminta henti suntik botox


Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang menggunakan botox dinasihat segera menghentikan tindakan itu dan wajib bertaubat kerana ia jelas bertentangan dengan agama apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa suntikan menggunakan bahan itu untuk tujuan kecantikan adalah haram.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahad, berkata selain pengguna botox, tindakan sama juga wajib diambil di kalangan pihak yang menyediakan khidmat rawatan kosmetik menggunakan bahan berkenaan.

Beliau berkata, fatwa itu seharusnya dijadikan panduan dan diikuti oleh orang Islam di negara ini kerana penggunaan botox jelas memberi lebih kemudaratan daripada kebaikan.


“Manusia ini memang suka melakukan perkara ditegah tetapi tidak suka pula melakukan perkara yang diharuskan. Jangan hanya kerana mahu kelihatan cantik kita sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

“Banyak lagi cara dan produk yang boleh digunakan untuk kelihatan cantik yang tidak melanggar fatwa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada Julai 2006, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan suntikan botox bagi tujuan kosmetik adalah haram kerana didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Suntikan itu hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan pakar bertauliah.

Walaupun fatwa sudah dikeluarkan, semakin ramai pula wanita Islam termasuk yang berpurdah menggunakan suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA), termasuk botox.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Mohd Latiff Ahmad, berkata pengharamannya hanya membabitkan orang Islam, tetapi penggunaannya di negara ini tidak diharamkan, terutama dalam kes perubatan.

Namun, katanya lagi, suntikan botox untuk kecantikan tidak dilakukan di hospital atau klinik kerajaan.

Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (Wanita JIM), Dr Harlina Halizah Siraj pula berpendapat, fatwa yang dibuat bukan untuk menyusahkan masyarakat dan pastinya sudah membincangkan kemudaratan akibat penggunaannya.

“Kecantikan dan untuk sentiasa kelihatan muda menjadi ‘trend’ yang menyebabkan orang ramai khususnya golongan wanita untuk mendapatkannya.

“Ia bergantung kepada kesedaran individu, sama ada tetap mahu meneruskannya juga tanpa menghiraukan fatwa yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau percaya, isu penggunaan botox diperincikan dalam majlis berkenaan kerana ada pihak yang di kalangan pakar kecantikan yang tidak bertauliah menyediakan perkhidmatan hingga memudaratkan pengguna.

SUMBER

Tuesday, January 8, 2008

Serban

Kat shoutbox sana ada seorang pengunjung ('racing haram') yang tanyakan soal serban. Aku tak tahu nak komen lagu mana. Tapi insyaallah kita sama-sama tengok hadits-hadits dan kata-kata ulama kita mengenainya.

Dalam sebuah buku bertajuk Insan Teladan Sepanjang Zaman terjemahan kitab Syamail Tirmidzi (Shamail Muhammadiah) oleh Imam at-Tirmidzi, tajuk Memakai serban adalah sunnah:

“Sebagaimana yang disebut di dalam Fathul Bari bahawa terdapat perintah memakai serban dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

اعتموا تزدادوا حلما

“Pakailah serban, dengan ini akan menambahi kesabaranmu”.

Allamah ‘Aini (rahmatullah ‘alaih) telah meriwayatkan bahawa seorang telah bertanya Abdullah ibn Umar رضي الله عنهما apakah sunnah memakai serban. Beliau menjawab: Ya.

[Menurut Allamah ‘Aini lagi] Didalam hadith lain dikatakan: “Pakailah serban keraan ia sebagai tanda Islam dan mebezakan seorang Islam dengan kafir.”
- (Tamat petikan dari buku Insan Teladan Sepanjang Zaman)

Seterusnya didalam kitab-kitab fiqih ada menyebut tentang sunatnya berserban sewaktu menunaikan shalat terutamanya pada hari Jum’at. Antara yang sempat saya kutip:

Shaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari didalam kitab Fathul Muin menyebutkan:

“ (Dan sunat memakai serban – pada hari Jum’at - ) berdasarkan kepada hadits:

ان الله وملائكته يصلون على اصحاب العمائم يوم الجمعة

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bershalawat kepada mereka yang memakai serban pada hari Jum’at.

[Juga berdasarkan kepada hadits:

صلاة بعمامة أفضل من خمس وعشرين بغير عمامة

“Shalat dengan memakai serban serban adalah lebih afdhal daripada 27 dengan tiada memakai serban”. Dan disebut dalam hadits bahawa serban malaikat hari perang Badar berwarna putih dan serban mereka pada hari perang Hunain berwarna merah – tamat – I’anah]. Dan disunatkan memakai serban bagi semua sembahyang (bukan sembahyang Jum’at sahaja). Dan ada disebutkan dalam hadits dhoif tentang fadhilat besarnya memakai serban itu.] – (Tamat petikan dari Fathul Muin, terjemahan dan huraian, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, jilid pertama, halaman 209)

Seterusnya didalam kitab al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr al-Shafi oleh al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathoni atau Syaikh Nik Mat ash-Shoghir , halaman 184-183:

“(Dan sunat) dihiasi dirinya dengan memakai sebaik-baik pakaian dan afdhalnya yang putih. (Dan sunat) memakai serban kerana hadits bahwasanya Allah سبحانه وتعالى dan segala malaikatNya selawat sekeliannya atas yang memakai seban hari Jum’at. Dan sunat memakai serban bagi sekelian sembahyang dan tersebut pada hadits daripada 25 sembahyang dengan tiada serban dan satu Jum’at dengan serban afdhal daripada 70 Jum’at dengan tiada serban. (Dan) tersebut di dalam tuhfah sunat memakai serban bagi kerana sembahyang dan bagi kerana qasod berelok-elok kerana beberapa hadits yang amat banyak padanya” – (Tamat petikan kitab al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr al-Shafi)

Di dalam kitab Bughayatut Thulab karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni:

“ (Dan sunat) memakai serban bagi sembahyang dan qasad menghiasi kerana beberapa hadits yang banyak padanya dan seyogianya panjangnya dan lebarnya dengan barang yang patuttnya dengan orang yang memakai pada adat dia dan masanya dan tempatnya …….

(Bermula) yang terlebih afdhal warna serban itu putih kerana disuruh memakai bagi yang hidup dan bagi orang yang mati dan tiada mengapa dipakai umpama qalansuwah di bawah serban iaitu seperti saputangan dan tiada mengapa memakai qalansuwah [kopiah] dengan tiada serban (Dan sunat) menaruh kunji [ekor serban] dan ditaruhkan dia …..” – (Tamat petikan kitab Bughayatut Thulab, halan 228)

(*Serban kegemaran Nabi berwarna hitam- Alex)

Mantan Mufti Brunei al-Marhum Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail Omar Abdul Aziz di dalam siri fatwanya:-

Perkara: Serban

Serban adalah pakaian orang Islam, (sebagaimana) menurut (apa yang tersebut) dalam al-Muhazzab oleh al-Imam al-Mujtahid Ibrahim asy-Syirazi penyusun mazhab Syafi’I dan dalam Fath al-Muin oleh al-Allamah al-Malabari dan dalam kitab Hasyiah al-Bajuri dan dalam kitab ad-Di’amah fi Ahkam al-‘Imamah oleh guru kepada setengah guru kita as-Sayyid Muhammad bin Ja’far al-Kattani yang mati tahun 1345H, dia sebutkan hadits-hadits menunjukkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم sentiasa memakai songkok [qalansuwah] dengan serban dan dengan tiada serban dan kata-kata ulama dalam perkara serban dan perkataan orang yang mengatakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kadang-kadang melucutkan songkok baginda dan baginda jadikan sekatan (sutrah) dalam sembahyang adalah dhaif kerana tiada tersebut dalam kitab-kitab hadits yang mu’tabar dan diakui.

Tersebut dalam kitab “nizham al-Hukumah Nawabiyah au at-Taratib al-Idariayah” oleh al-Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Abdul Hayy al-Kattani, dan ia berkata adalah bapa saya mengambil berat pada mengajar budak-budak yang sudah baligh atau yang hampir baligh bagaimana cara memakai seban, serta menjuntaikan ekor serban, dan penduduk Hijaz sekarang. [yang dimaksud penduduk Mekah dan Madinah sebelum pemerintahan Saudi (Wahabi) iaitu disekitar tahun 20an] mengambil berat padam engajar budak-budak memakai serban, seolah-olah perkara itu lama turun temurun dengan dalil menurut riwayat: Hujjatul Huffaz Mu’arrikh al-Syam Abu al-Qasim Ali bin al-Hasan bin Hibbatullah Ibn ‘Asakir yang mati tahun 571H dalam kitab tarikhnya, daripada al-Imam Malik: Tiada sayogia ditinggalkan dari memakai serban, demi saya pakai serban dan belum ada rambut di muka saya. Dan tersebut dalam al-Madarik berkata Abu Mush’ab, saya dengar al-Imam Malik berkata: Bahwa saya ingat dan belum ada rambut dimuka saya [belum berjanggut saya pakai serban] dan tiada seorang pun daripada kalangan kami (orang muda) masuk Masjid Rasulullah صلى الله عليه وسلم melainkan dengan memakai serban kerana memuliakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .” – (Tamat petikan siri fatwa mantan Mufti Brunei al-Marhum Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail Omar Abdul Aziz)


Untuk mengetahui fahilat-fadhilat memakai serban, maka rujuk sendiri di dalam kitab-kitab seperti Jauharul Mauhub oleh Shaikh Wan Ali bin Abdurrahman @ Tok Wan Ali Kutan yang terkenal itu.

Rasanya cukuplah komen aku setakat ini. Nak pakai serban pakailah dengan qasad mengikuti dan membesarkan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menghiaskan diri. Kalau tak mau pakai pun janganlah pulak dihina dicaci diperli pada mereka yang memakai serban, serta jangan pulak dibid’ahkan mereka! Manakala yang pakai pulak, seyogia dihiasi juga dengannya akhlaq-akhlaq yang terpuji. ‘Racing haram’ jangan pulak hang pakai serban, naik motor lumba dengan mat rempik ……..

Sekian.Wallahu ‘alam.
-abu zahrah –

http://al-fanshuri.blogspot.com/

Tuesday, December 4, 2007

Menutup Aurat Yang Sebenar

WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.

Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Baca seterusnya

Sunday, December 2, 2007

SERBAN menurut USTAZ NASRUDDIN TANTAWI



Dalam akhbar Harakah bilangan 1342 keluaran 1-15 September 2007, terdapat satu wawancara dengan Ustaz Nasruddin Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Antara perkara yang diperkatakan ialah tentang pemakaian serban. Kita ikuti petikan daripada temuramah tersebut.


@ Ustaz selalu dilihat memakai serban, bila bermulanya memakai serban dan bagaimana serban itu sinonim dengan ustaz?

# Saya mula memakai serban sejak saya menuntut di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Saya melihat
IANYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI PAKAIAN RASULULLAH SAW.

Maka saya cuba praktiskan pemakaian serban ini dalam kehidupan saya kerana IA
MENGINGATKAN SAYA dan MENIMBULKAN RASA KASIH YANG MENDALAM KEPADA RASULULLAH SAW selain dari MENGAMALKAN SUNAH BAGINDA yang lain.

Warna serban kegemaran saya ialah
PUTIH dan HITAM. Di kala saya memakai SERBAN BERWARNA PUTIH, saya rasa diri saya sebagai seorang ustaz atau guru yang perlu menjaga kehormatan diri dan sahsiah. Ini cukup bermakna bagi saya agar konsisten dalam pembentukan peribadi yang mulia.

Apabila saya memakai
SERBAN HITAM pula, saya rasa gagah dan perkasa untuk meneruskan kelangsungan perjuangan tanpa gentar lagi berhadapan musuh biar siapa pun mereka.
Laksana memakai pakaian perang dan ini penting untuk saya tabah dan sabar mengenderai perjuangan yang getir ini.
TAMAT.

ULASAN ALEX

Petikan ini bagaikan magnet menarik perhatian saya kerana apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nasruddin umumnya sama dengan pandangan saya. Saya membiasakan memakai serban (bukan sentiasa berserban) jika ada kesempatan dan sesuai dengan keadaan. Ada ketika saya berkopiah sahaja, ada ketika saya bertopi dan ada ketika tidak menutup kepala dengan apa-apa.
(Sila baca tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG bahagian 1-5 untuk memahami tentang serban di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html )
Saya mula berserban pada usia dua puluh empat tahun. Sebelum itu saya memang sudah terdedah dengan jemaah Darul Arqam, jemaah Tabligh dan pelajar-pelajar pondok tetapi hati tidak terbuka untuk berserban lagi. Ketika itu baru bekerja dan tinggal di tempat orang. Di kampung itu memang tidak ada orang yang berserban kecuali seorang pakcik tua. Orangnya warak dan mulutnya boleh dikatakan tidak berhenti-henti berzikir jika tidak makan minum, tidur ataupun bercakap. Kenderaannya sebuah basikal tua. Kurus tinggi orangnya dan berkulit putih. Setahu saya dia tidaklah bergiat dengan apa-apa jemaah, wallahualam. Saya pula seorang yang berat mulut, lebih suka berfikir daripada bersembang. Sebab itulah saya tidak berkesempatan kenal lebih rapat dengan si pakcik hinggalah ke akhir hayatnya.

Secara tiba-tiba saya terasa teringin sangat hendak berserban dan berjubah. Sehelai demi sehelai jubah dan kemudiannya serban dibeli. Saya tidak kisah apa kata masyarakat sekeliling. Yang pasti pemakaian begitu mempercepatkan proses mentarbiah hati nurani saya. Biarlah ia menjadi bahan cakapan orang ramai.

Serban pertama berwarna putih, kain licin dan panjangnya tujuh hasta. Khabarnya serban Rasulullah yang terpanjang ialah tujuh hasta dan yang terpendek dua hasta- hendak ikut sunnahlah kononnya. Serban kedua berwarna hitam, kain licin sepanjang lima hasta. Seterusnya serban biasa bercorak warna merah tua, serban al-Maunah (merah putih), serban coklat, serban corak berwarna coklat putih, serban biru dan serban hitam kain kasar (sebenarnya selendang perempuan)- entah yang mana dulu saya pun sudah lupa.

Saya sangat meminati serban Darul Arqam ketika itu tetapi gagal mendapatkannya di mana-mana berikutan pengharaman Darul Arqam sedang di kemuncaknya. Khabarnya hanya jemaah Darul Arqam yang menjual serban jenis itu yang dibawa dari luar negara, kalau tidak salah dari Syria ataupun Jordan. Ketika itu saya melihat corak yang ada pada serban Darul Arqam seolah-olah melambangkan nilai-nilai kemelayuan.

Mengapa saya mula berserban?

Pertamanya kerana gerak daripada Allah hasil istikharah yang saya lakukan.

Keduanya kerana saya rasa yakin ‘membiasakan’ memakai serban itu satu sunnah. Mempertahankan satu sunnah di kala orang lain tidak berminat mempertahankannya akan mendapat ganjaran seratus pahala syahid. Ewahhh!
Ketiganya (sepatutnya yang ini kedua) apabila berserban saya terasa sangat rapatnya kasih sayang saya dengan Rasulullah, entahlah mengapa. Seandainyalah memakai serban ini tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah pun, pasti akan saya selalu memakainya juga kerana ia membuatkan saya berasa sentimental dengan kekasih saya- Rasulullah SAW. Saya juga akan terasa betapa besarnya kerja-kerja Rasulullah dulu yang diwariskan kepada kita dan kini menghempap di atas kepala saya. Pahala bukanlah matlamat utama kerana rasa sedap berserban mencontohi Rasulullah adalah lebih sedap daripada berserban kerana mendapat seratus pahala syahid. Itu yang saya rasa.

Yang keempatnya tentulah untuk lebih memelihara diri dan melonjakkan proses mentajdid roh saya yang memang banyak rosak.

Sungguhpun jemaah terakhir yang saya anggotai (hingga kini dan mungkin hingga ke akhirnya) tidak menjadikan serban sebagai salah satu perjuangan mereka, itu tidak menjadi masalah. Ketika melibatkan diri dengan program jemaah, saya berkopiah sahaja. Jika ada urusan sendiri, saya berserban kalau mahu. Amal jemai’e mesti dijaga dan pimpinan mesti diakur- itu prinsip saya. Lagipun, akan nampak peliklah sekiranya saya seorang saja yang berserban. Apatah lagi majoriti mereka merupakan lulusan dari Timur Tengah sedangkan saya orang biasa saja. Nampak lebih-lebih pulak orang biasa berbanding lulusan Timur Tengah. : )

Anda takut berserban? Takut berserban kerana khuatir tidak akan mendapat jodoh? Khuatir orang perempuan tak mahu? Khuatir kerana wanita-wanita cantik yang ada hari ini majoritinya tidak minat lelaki muda berserban? Takut bakal pak mertua ibu mertua tak terima pinangan?

Jika itu pandangan anda, terpulanglah. Boleh jadi anda betul. Tapi berdasarkan pengalaman saya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ye lah… lain orang lain rezekinya, kan? : )

Ketika mula berserban, saya pun beranggapan begitu. Oleh kerana saya bukan jenis ‘berpasangan’ seperti muda-mudi lain, maka tidaklah saya kisahkan hal tersebut. ‘No women no cry’ kononnya saya zaman itu… hi hi. Kebetulan semangat untuk pergi berjihad http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=216&mode=&order=0&thold=0 mula naik sedikit demi sedikit, ketika itu saya kuranglah fikir sangat ‘takut tak dapat jodoh dan tak sempat kahwin’. Tak ada jodoh pun tak kisah. Jadi kepercayaan yang diperkatakan tadi tidaklah menjadi penghalang kepada saya untuk selalu berserban.

Namun kuasa Allah siapa yang dapat menduga. Wanita-wanita yang pernah tertarik dengan saya menjadi lebih terpaut hati mereka apabila mereka terjumpa saya berserban. Yang belum terpikat pun ada yang jadi terpikat. Pakcik makcik di sekeliling pun ada yang membuat tawaran untuk anak-anak buah mereka walaupun mereka bukan jenis yang minat dengan serban dan tidak kea rah keagamaan pun. Pelik betul! Aku ingat apabila aku mula pakai serban orang akan cabut lari, rupa-rupanya makin dok rapat pulak! Besarnya kuasa Tuhan…!

Dan yang paling penting… ini yang aku nak kongsi sangat dengan sahabat-sahabat yang belum berumahtangga.
Wanita-wanita yang jauh dari agama boleh dikatakan hampir kesemuanya (99%) tidak terfikir untuk mengambil lelaki berserban sebagai suami mereka. Betul tak? Betul! Ini kenyataan! Mereka mengimpikan lelaki yang secorak dengan mereka juga.

Jadi, siapa yang sanggup mengambil lelaki berserban sebagai pasangan hidup? Siapa menurut pandangan anda? …
Tidak lain hanyalah mereka yang sanggup mengikut telunjuk agama! Jenis ini mudah untuk akur dengan agama sekalipun dunia sekelilingnya menolak. Dia sanggup mengambil risiko rugi keduniaan dalam mencari agama.
Bukankah jenis ini yang kita cari? Bukankah jenis ini yang kita impikan sebagai penghulu-penghulu bidadari kita di syurga nanti?
Apabila kita mula berserban, automatik wujud satu TENAGA PENAPIS YANG HEBAT, yang menapis dan menolak keluar wanita-wanita yang tidak ada hati untuk hidup dalam suasana keagamaan daripada mendekati kita. Dengan rela hati mereka meenjauhkan diri. HASILNYA, yang masih menunjukkan minat terhadap kita semuanya jenis yang sanggup akur dengan agama ataupun yang mahu berubah ke arah hidup keagamaan sahaja. Apa macam? Untung tak? : )

Kita kiaskan dengan wanita pula. Sebahagian wanita menyangkakan dengan menyimpan aurat seperti bertudung, bertudung labuh, berjubah, berpurdah, berbicara sopan-santun ataupun memakai pakaian yang kurang warna dan corak akan menipiskan peluang mereka mendapat pasangan. Sebab itu ada pelajar aliran agama sendiri yang pakaiannya terikut-ikut pakaian wanita-wanita di jalanan. Berpakaian menyimpan aurat dianggap menutup terus perhatian para lelaki.

Keluar dari isu utama sebentar… ahli-ahli ilmu hakikat memang kecewa benar dengan perlakuan di atas. Hal ini menunjukkan betapa lemahnya pemahaman kebanyakan manusia hari ini kerana menyangkakan kuasa untuk menarik dan mendapat pilihan pasangan terbaik ada pada diri mereka. Padahal kuasa untuk menarik dan mendapat pasangan terbaik ada pada Allah sahaja.
‘Siapa yang berkuasa untuk menarik perhatian lelaki ataupun keluarga lelaki kepada anda? Anda ataupun Tuhan?”

Sambung semula…semua wanita mahukan pasangan terbaik. Wanita-wanita yang berfahaman agama ataupun yang mahu mengubah diri ke arah berfahaman agama tentulah lebih lagi mahukan pasangan yang terbaik buat mereka dari sudut agamanya. Sekiranya anda menyimpan aurat sebagaimana yang disebutkan tadi, secara automatik anda telahpun menapis keluar lelaki-lelaki yang tidak anda harapkan untuk menjadi suami anda. Yang melepasi tapisan tentu saja mereka yang memang berfahaman agama ataupun sekurang-kurangnya yang mahu ke arah agama. Akhirnya walau siapapun yang anda pilih daripada mereka yang masih tertinggal ini, risiko anda untuk mendapat suami yang tidak diharapkan menjadi lebih rendah. Peluang anda untuk mendapat suami yang menghampiri ciri-ciri ‘suami impian’ semakin cerah.

Ketika memakai serban putih, saya rasa terdorong untuk mengekal bahkan menambahkan kesucian jasmani, rohani dan roh. Ketika mengenakan serban hitam pula saya rasa terdorong untuk berasa berani dan gagah seolah-olah seorang pahlawan. Serban biru saya pula mendorong saya untuk berkelakuan lebih lemah-lembut, bertolak-ansur, sabar dan tenang. Serban-serban lain kurang saya rasa apa-apa seperti serban putih, hitam dan biru. Memakai serban ketika berhadapan dengan jin-jin yang mengganggu memang memberikan kekuatan dan keyakinan bonus kepada saya. Berdasarkan pengalaman saya juga, jin-jin yang mengganggu cukup benci dengan orang berserban. Kebencian dan penghinaannya dinyatakan secara terang-terangan melalui mulut orang yang sedang mereka rasuki. Jadi, janganlah kita ikut perangai jin ye. Kalau tak teringin hendak memakai pun, janganlah dikata kepada yang yang memakai, raikan saja. : )

Wallahualam.

30-31 OGOS 2007

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?
name=News&file=article&sid=220&mode=&order=0&thold=0