Wednesday, September 3, 2008

Cara Beristinjak

Bersama: MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: Bagaimanakah caranya beristinjak? Adakah harus kita beristinjak pada masa ada air atau tidak dan bagaimanakah caranya?

– Saufi Bin Osman, Kota Samarahan

JAWAPAN: Harus kita beristinjak dengan menggunakan batu, kayu, kertas (tisu) dan sebagainya sekalipun semasa ada air. Ini kerana kita diberi kemudahan dalam soal kebersihan ini dengan beberapa syaratnya, seperti untuk bercermat dan menjimatkan dalam penggunaan air sedangkan kotoran tersebut tidak berlumuran atau meleleh ke tempat lain dan sebagainya.

Sunat beristinjak dengan menggunakan tangan kiri kerana makruh menggunakan tangan kanan. Dan peganglah kayu, batu atau alat istinjak tadi, dengan tangan kanannya dan memegang kemaluannya dengan tangan kiri. Manakala bagi mereka yang bersuci dengan air pula dinasihatkan supaya mendahulukan qubulnya sedangkan bagi mereka yang menggunakan selain air dinasihatkan supaya mendahulukan duburnya dan selepas itu barulah dia berwuduk.

Selain itu, disunatkan menggosokkan tangannya ke bumi dan selepas itu barulah membasuh tangannya dengan air dan sunat juga dia berdeham atau mengurut kemaluannya untuk membersihkannya dari kesan kencing tadi. Ini kerana ada mayat yang diazabkan dalam kuburnya kerana tidak bercermat dalam menjaga kebersihan diri sendiri sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang masyhur itu, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain. Wallahualam.

sumber

No comments: