Friday, January 25, 2008

Hukum Beli Kelapa Yang Digunakan Untuk Perayaan Hindu

KUALA LUMPUR: Umat Islam diharamkan memakan kelapa yang diketahui digunakan penganut Hindu untuk menyambut Thaipusam yang disambut penganut agama Hindu, semalam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata hukuman haram itu kerana buah berkenaan digunakan untuk upacara pemujaan dan penyembahan yang ternyata syirik dan bertentangan dengan agama Islam.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang mengetahui kelapa yang dibeli itu sudah digunakan untuk upacara itu ditegah menggunakannya untuk masakan atau keperluan harian lain.


"Sekiranya kita tidak tahu kelapa itu dikutip daripada upacara pemujaan, itu tidak mengapa. Tapi kalau tahu, haram hukum memakannya dan kita tidak boleh bersubahat atas perkara yang mensyirikkan kerana benda (kelapa) yang sudah disembah, haram dimakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan orang ramai terutama umat Islam untuk membeli kelapa dalam masa terdekat ini kerana khuatir kelapa yang dibeli itu dikutip daripada upacara pemujaan.

sumber

No comments: