Sunday, July 6, 2008

Nombor Ekor

SOALAN:
Ayah saya adalah seorang penjawat awam dan bekerja sebagai seorang pegawai penguatkuasa di utara tanah air dan kini telah bersara. Kira-kira 20 tahun yang lepas, ayah saya melibatkan diri dengan kegiatan berjudi dengan membeli nombor ekor dan dengan hanya sekali mencuba beliau telah memenangi wang sejumlah RM30,000.

Menurut penceritaan beliau, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor tersebut adalah melalui pemujaan dengan menggunakan tali gantung dari salah seorang wanita yang membunuh diri yang dilakukan oleh seorang bomoh.

Soalan saya ustaz, apakah ada kaedah atau cara yang dapat kami sekeluarga lakukan untuk menebus kesilapan yang lalu dan menghentikan kesemua perbuatan itu?

seterusnya

Jamak Walaupun Dekat?

SOALAN: saya mempunyai beberapa orang kawan satu kuliah dari Timur Tengah. Apabila pulang dari kuliah, mereka selalu melakukan solat jamak sedangkan jarak perjalanan dari asrama ke universiti hanyalah dalam beberapa batu sahaja. Adakah boleh kita sembahyang jamak seperti mereka?

– Norasyikin Mohamad,

Pantai Baru, Kuala Lumpur.

JAWAPAN: Di negara kita ini lain, bukan seperti kawan-kawan saudara dari Timur Tengah yang berlainan mazhab dan fahamannya daripada kita. Mereka mungkin berpegang kepada mazhab Syiah atau lain. Malahan dalil yang mereka pegang juga lain bukan seperti dalil yang kita terima. Contohnya seperti kadar jarak perjalanan, ada sesetengah riwayat mengatakan ada masanya Rasulullah saw melakukan jamak solatnya setelah jarak perjalanannya hanya antara empat hingga lima kilometer. Sedangkan apa yang kita faham bahawa jarak perjalanan yang membolehkan seseorang itu untuk mendapatkan sebarang kemudahan seperti jamak ialah jauh dan jarak satu-satu perjalanan itu melebihi dua marhalah iaitu lebih kurang 90 atau 100 kilometer (km) perjalanan. Ini menurut riwayat yang masyhur dan sahih lagi diterima oleh kebanyakan ulama.

Jadi kita andaikan apa yang dilaporkan bahawa Rasulullah saw pernah melakukan jamak solatnya dalam jarak tiga batu atau empat hingga lima km. sebagaimana sesetengah riwayat seperti Syurahbil r.a dan lain-lain itu bukan jarak perjalanannya tetapi laporan mengenai permulaan kemudahan itu harus dilakukan. Sebenarnya perjalanan Rasulullah SAW melebihi dua marhalah umpamanya menuju ke Mekah dan apabila baginda keluar dari kawasan kota Madinah lebih kurang tiga batu, baru Rasulullah saw mula melakukan jamak solatnya. Sebagaimana yang kita tahu, kemudahan yang diberi untuk seseorang musafir itu bukan bermula dari rumahnya tetapi setelah dia keluar dahulu dari kampung halamannya terlebih dahulu atau keluar dari kawasan perumahannya.

Kerana jarak sejauh dua marhalah perjalanan itu sudah disepakati kebanyakan para ulama untuk membolehkan kemudahan (rukhsah) bagi mereka yang bermusafir. Manakala mereka yang berjalan menuju ke suatu tempat yang jaraknya tidak sampai dua marhalah, tidak harus melakukan sebarang kemudahan (rukhsah) yang diberikan kepada seseorang yang bermusafir. Wallahualam

sumber

Cerai Melalui Surat

SOALAN: Saya telah lama berkahwin tetapi ditinggalkan lebih daripada enam bulan tanpa suami memberi sebarang nafkah. Malangnya perkahwinan saya itu tidak didaftarkan secara rasmi. Jadi saya tergantung sekarang, kerana tidak dapat menuntut cerai secara taklik. Dan baru-baru ini suami menceraikan saya melalui surat yang dikirimkannya kepada saya. Adakah boleh diterima perceraian seumpama itu?

- Asiah, Jitra, Kedah

JAWAPAN: Sekiranya surat tersebut dapat dipastikan daripada pihak suami anda, maka sah dan jatuhlah talak yang dilafazkan seperti dalam suratnya. Dan anda dinasihatkan ke pejabat kadi untuk membuat laporan dan mendapatkan pengesahan serta surat cerai untuk memudahkan anda melakukan urusan selanjutnya sama ada ingin berkahwin lagi selepas selesai edah. Anda juga dinasihatkan supaya apabila ingin berkahwin lagi janganlah mengikut saluran 'gelap' seperti yang telah anda alami kerana akibatnya anda menderita dan tergantung beberapa lama. Ini untuk menjamin kemudahan anda dan masa depan anak-anak nanti. Wallahualam.

sumber

Arkib MEI 2008

Apa Itu Tasauf & Tariqat?


Siapakah Dzulqarnain Itu?

Warnakan Rambut Untuk Suami


Wasiat Bapa Sedang Sakit


Perbezaan 2 Mutaah


Perlukah Segerakan Qadha Solat?


Bayar Fidyah Puasa


ukum Isteri Ziarah Kubur

Berubat Secara 'Menurun'?

SOALAN: Sehingga sekarang, saya masih keliru dan tidak yakin untuk membezakan amalan kebatinan Melayu yang bercanggah dengan ajaran Islam dan sesuai dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, di taman tempat saya tinggal ada seorang lelaki pertengahan umur mengubat dengan cara menurun. Mula-mula bakar kemenyan, kemudian pakai kain selubung hitam, kemudian membaca jampi mentera dengan memberi salam dan bismillah, dan lain-lain ayat yang tidak kedengaran jelas. Dia juga ada menyebut kalimah syahadah sebelum menurun kemudian baru memulakan ubatan.

Ianya cukup popular. Berduyun-duyun orang datang, terutamanya pada malam Jumaat, termasuk pak-pak haji. Banyak orang yang sakit sembuh setelah menemuinya.

Kalau amalan ini didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan yang mana yang dikatakan bersalahan dengan Islam?

– Insah Resah, Lenggong

seterusnya