Showing posts with label ADAT BUDAYA. Show all posts
Showing posts with label ADAT BUDAYA. Show all posts

Monday, October 26, 2009

Suara dan Muka Tidak Aurat

BARU-baru ini isu niqab (cadur) timbul apabila Sheikhul Azhar Sheikh Muhammad Tantawi meminta para siswi Al-Azhar agar melepaskan niqab.

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak.

Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga. (Al-Ahzab: 32 dan 53).

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud: Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja. (Riwayat Abu Daud).

Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka.

Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka.

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan.

Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu.

Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan.

Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda.

Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: "Kahwinkanlah wanita ini dengan saya."

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu. Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat.

Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat.

Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya.

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian.

Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan.

Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya.

Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku'. Katanya, "Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?'' Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: "Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: "Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan.

Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda: Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat.

Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah.

Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.

Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus 'menzalimi dan menghukumi' wanita secara sewenang-wenangnya.

- Mohd Shauki Abd Majid

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

sumber

Cara Jawab Salam Bukan Islam

Soalan:

SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.

Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dam sebagainya?

Jawapan:

Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya.

Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian".

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya.

Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.

Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu 'alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini.

Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.

Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim.

Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah.

Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.

sumber

Tuesday, September 22, 2009

Adab-adab Menyambut Aidil Fitri

SEBAGAI hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadan Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah', di mana Allah menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ia disambut mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh syarak dan tidak dicampur dengan perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan-perayaan yang lain, kerana ia merupakan kurniaan Allah khusus kepada hamba-hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh syarak untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan solat fardu secara berjemaah, melakukan solat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa-apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

Imam Syafie r.a telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang sahih.

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ia lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagungan-Nya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadan dan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Baqarah: 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebaik-baiknya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.

Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas r.a beliau berkata:

Maksudnya: Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam bilangan ganjil. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Ahmad).

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama Muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'in (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi SAW) telah berkata (maksudnya): Sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan, "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerima-Nya daripada awak.

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Menyanyi

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, beliau berkata: 'Rasulullah SAW masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi SAW!" Rasulullah menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita. (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar ke dalam rumah Rasulullah SAW menunjukkan seolah-olah Abu Bakar datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah SAW ke dalam rumah baginda.

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sesekali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah iaitu mendirikan solat fardu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang diharapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Aidilfitri.

sumber

Saturday, August 22, 2009

Kuliah - Penjelasan Nisfu Syaaban

Apa maksud Nisfu Syaaban?
Bila Nisfu Syaaban?
Apa amalan yang biasa dilakukan pada Nisfu Syaaban?
Adakah Rasulullah dan para sahabat berbuat begitu?
Apakah amalan tersebut bidaah?
Jika benar bidaah, apakah ia bedosa ataupun mendapat pahala?
Apakah bidaah 'confirm' berdosa?
Benarkah ada pembahagian bidaah?
Benarkah para ulama terdahulu meletakkan hukum yang berlainan mengikut jenis bidaah?
Bila masanya amalan membaca Yaasin 3 kali menjadi bidaah dhalalah?
Hendak baca berapa kali surah Yaasin?
Benarkah buku amalan kita ditukar pada Nisfu Syaaban?
Mengapa ada ulama yang menyusun amalan-amalan pada malam Nisfu Syaaban?
Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah sempena Nisfu Syaaban?
Elokkah berpuasa pada 15 Syaaban?


Saturday, August 9, 2008

Hukum Bersalaman Lelaki Wanita

Oleh: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

Soalan:
Saya adalah wanita yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan korporat. Urusan seharian memerlukan saya untuk bertemu dengan para pelanggan dan pembekal yang kebanyakannya bukan Islam.

Masalah saya adalah apabila mereka (lelaki) menghulurkan tangan untuk bersalam, saya tanpa boleh memikir panjang terpaksa menyambut salam mereka. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelak daripada bersalam?

JAWAPAN:

Kebanyakan ulama tidak mengharuskan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (ajnabi) ini termasuklah Dr. Abdul Karim Zaidan, Dr. Abdullah Faqih, hatta ulama-ulama dari kalangan al-Syafie juga tidak mengharuskan berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram.

Bagi mereka yang bermazhab al-Syafie juga memaklumi pertimbangan yang halus dalam masalah ini. Hujah yang dikemukakan dalam mengharamkan berjabat tangan antara lelaki dengan wanita ialah Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan wanita biarpun dalam peristiwa baiah, sabda baginda yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam baiah. (Riwayat al-Bukhari, jld:8, halaman:636).

Dalam sepotong hadis yang lain daripada Aisyah r.a.h memberitahu yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan sesuatu apa pun yang tidak diperintah Allah, dan sesungguhnya tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan.

Apabila Rasulullah menerima pengakuan baiah daripada mereka baginda berkata: Aku telah terima baiah kamu dengan perkataan. (riwayat Muslim, jld:12, hlm:188-189 ).

Dalam masa yang sama pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi juga banyak menyelesaikan persoalan ini. Beliau mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasan beliau secara ringkas.

seterusnya

Tuesday, January 29, 2008

Asyura, 10 Muharram: Kematian Firaun

Photobucket

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

Puasa Asyura’

Sebahagian umat Islam di Malaysia mungkin lebih mengenali bubur asyura dari puasa Asyura’. Di Malaysia juga mungkin lebih masyhur cerita bahawa Nabi Nuh a.s. dan beberapa orang beriman sesudah diselamatkan oleh Allah dari banjir besar, mencampurkan semua makanan yang ada pada mereka (ada yang menambah; dengan daun-daun dan dahan-dahan kayu) lalu mereka memasak bubur asyura. Konon untuk menghidupkan sunnah tersebut, maka masyarakat kita mengamalkan memasak bubur asyura pada waktu-waktu tertentu (tapi tanpa daun dan dahan kayu).

Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a.

Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

“Puasa Aasyura ada tiga darjat:

Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.

Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”

Kemusnahan Firaun

Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

Di Mesir ada satu muzium khas menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Di dalam muzium tersebut ada ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Masuk muzium tu kena bayar. Masuk ruang khas tersebut kena bayaran lain. Di dalam ruang khas tersebut ada lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Lihatlah gambar di atas. Menakjubkan. Di antara 9 mumia tersebut, dialah yang paling sempurna.

Saya tiba di Mesir pada awal 1991 tetapi kali pertama pergi ke Dataran Piramid Giza pada musim panas 1993. Itu pun bukan kerana ingin melihat piramid tetapi kerana nak naik kuda. Tidak ada tarikan untuk ke piramid. Tetapi saya masuk ke ruang ‘The Royal Mummies’ sebanyak dua kali sepanjang saya belajar di Mesir. Pada tahun 2004, semasa saya dan keluarga menziarahi Mesir semula, saya ajak isteri lagi sekali ke muzium.Tarikannya kuat; nak ‘jumpa’ Ramses II. Memang menarik. Rambutnya masih ada. Raut mukanya nampak sempurna. Telinga dia. Hidung dia. Saya pergi tengok dekat-dekat jari dia; masih ada jalur-jalur. Semuanya nampak hebat. Ini janji Allah. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)….”

Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku yang saya sendiri tidak pasti sumbernya; Ramses II adalah seorang lelaki yang cukup sempurna. Tampan bergaya. Gagah perkasa. Kaya raya. Ada karisma. Mampu menakutkan musuhnya. Sihat wal afiat. Tidak pernah demam. Tidak pernah bersin. Dia dan Firaun yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat; ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama dan ada yang mengatakan mereka adalah dua orang yang berbeza. Tapi zalim yang tidak ada had. Kesudahannya hanya seperti dalam gambar di atas.

Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8)

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Asyura’ dan mengambil iktibar dari kisah Musa a.s. dan Firaun.

SUMBER

Tuesday, November 27, 2007

Adab Jawab Salam (video)

Maulidurrasul Dari Amalan Abu Lahab?

SECUBIT DISKUSI TERHADAP PEMBANGKANG ACARA MAULID NABI S.A.W.

Asal usul mauled dari amalan Abu Lahab???


Berkata Pembangkang.
Assalaamu'alaikum

Hari ini saya nak bincang sikit bab Abu Lahab nih, sebab nampaknya ada dikalangan kita nih penggemar amalan Abu Lahab... Abu Lahab ni nama sebenarnya adalah Abdul Uza bin Abdul Muthalib binHasyim, bapa saudara Nabi SAW, Pemuka Bani Quraish yg kaya tetapi penentang Da'wah Nabi SAW nombor Wahid.... Tapi mamat ni special gak sebab ada Surah al-Quraan guna nama dia.. hehehhehh Yakni Surah al-Lahab surah ke 111... Boleh rujuk sendirilah yek betapa Allah SWT melaknati Abu Lahab ke Neraka Jahannam. heh heeh ehh mamat camni pun boleh jadi role model.... hancusssss Mengikut ceritanya Abu Lahab ni adalah manusia yg paling Gumbira ketika hari Kelahiran Nabi SAW Lantas membebaskan Hamba abdinya yg bernama Suwaibah. Haaa... Suwaibah ni adalah wanita yg pertama menyusui Nabi SAW.. Kiranya Ibu Susuan Nabi SAW yg nombor wahid. Jadi menurut ceritanya ada seorang Imam yakni Imam al-Qurra al-Hafidz Syamsuddin al-Jaziri didalam kitabnya Urfu at-Ta'rif bi al-MaulidAsy-Syarif telah menyatakan bahawa beliau bermimpi berjumpa dgn AbuLahab dan Abu Lahab cerita kat Imam tu bahawa setiap hari Isnin siksa/azab neraka abu Lahab dikurangi kerana dia memerdekakan Suwaibah ketika Suwaibah ni memberitahu Abu Lahab kabar gembira tentang kelahiran Rasulullah SAW. So maknanya Suwaibah bagi tahu je kat Abu Lahab ni berita kelahiran Nabi SAW tu terus dia MERDEKAAAAAAAAAAA... ok..
Jawapan :

Tidak dijumpai dimana asal cerita Al-Hafiz Al- Juzari berjumpa dengan Abu Lahab, kemudian Abu Lahab bercerita pada Imam Al Juzari?, yang ada , beliau telah diberitakan oleh orang yang bermimpi berjumpa Abu Lahab dan kisah mimpi ini tidak pula dijadikan dasar perayaan menyambut mauled Nabi s.a.w.

Dalam Fathul Baari Syarah Bukhari , Imam Ibnu Hajar Al- Asqolani mencatitkan:

“Imam As- Suhaili menyebut bahawa Al -Abbas telah bermimpi bertemu Abu Lahab , Abu Lahab menceritakan tiada rehat dari seksa melainkan diringankan setiap hari Isnin. Berkata Imam Suhaili (Ini pada anggapan saya , gantinama dia (huwa) disitu dimaksudkan Imam Suhaili yg berkata, Jika bukan beliau maka Sudah Tentu Al Abbas sendiri atau Ibnu Hajar Al Asqolani sendiri yg berkata ) “Demikian itu kerana Nabi Dilahirkan pada Isnin. Suwaibah telah memberitakan khabar gembira Kelahiran Rasulullah saw , lalu ia dimerdekakan”.

Selain riwayat tersebut terdapat lagi riwayat-riwayat dari Ismaili (guru Imam Bukhari) dan Imam Abd Razzak dari Ma’mar dari Az- Zuhri dan dari Imam Bukhari sendiri yg mengatakan diringankan siksa Abu Lahab sehingga dapat menghisap sedikit air dari anak jari atau dicelah ibu jari.
Dimana pulak dijumpai cerita Al- Juzari yg mimpi?. Adakah dengan semata-mata cerita daripada Al-Jazairi saja yang menimbulkan acara mauled?.

Rujukkan:

CD Muallifat Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqolani.

Fathul Baari - juz 9 ms 145.


Pembangkang mengatakan lagi:

Jadi Riwayat mimpi semacam inilah yg dijadikan landasan oleh penggemar Mawlid, atas alasan manusia yg dilaknati Allah SWT macam Abu Lahab nipun diringankan Azabnya kerana memuliakan hari kelahiran Rasulullah,Inikan pula kita... Tetapi malangnya Riwayat ini dan tentang hal ini semuanya tidak kuat sama sekali. Malah bercanggah dgn riwayat yg lebih kuat.


Jawapan:


Belum diuji kaji dah dapat keputusan. Macam cerita tak bagi kawin lebih pula. Jangan lah anda lupa pula, kisah dan cerita mimpi jumpa Abu Lahab ini ada dalam Sahih Al-Bukhari. Tiada siapa pun dikalangan Ulamak yang menegakkan acara mauled menjadikan cerita Abu Lahab ini sebagai asas Hukum Keharusan mauled. Harus dan tidak haram mengadakan acara mauled adalah berdasarkan kaedah-kaedah berhukum yang termaklum. Bukan semata-mata cerita ini.Walaubagaimana pun , siapakah anda yang meleceh-lecehkan cerita dan kisah Abu Lahab dan pembebasan Suwaibah apabila mengkhabarkan kelahiran Nabi s.a.w , lantaran gembiranya Abu Lahab pada kelahiran anak saudaranya terus dimerdekakan hambanya Suwaibah?. Tidakkah boleh ianya dijadikan ikhtibar dan bahan renungan dalam setiap penulisan, syarahan kuliah dan tazkirah untuk menambahkan kecintaan terhadap Nabi s.a.w yang diadakan setiap tahun dimusim-musim tertentu?. Setiap cinta dan kasih kebiasaannya akan membuahkan kebaikan.


Berkata lagi pembangkang:


a) Dalam al-Quraan surah al-Furqan ayat ke 23 Allah berfirman ygterjemahannya, " Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." Maknanya amalan Sallih orang kafir walau sebanyak manapun hanya jadi hampeh.

Jawapan:
Bab Amalan orang-orang kafir, walau sebanyak manapun tak bernilai disisi Allah adalah betul, kita menerimanya tanpa ragu.
Tetapi anda belum lagi meneliti Tafsiran ayat tersebut didalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar. Silalah perhatikan dulu , jangan terburu-buru membuat keputusan.
Imam Ibnu Hajar Al- Asqolani didalam Fathul Baari syarah Hadis Al-Bukhari menjelaskan , adanya keharusan keringanan seksa bagi kafir dan bukan pula bermaksud tidak diseksa langsung.
Imam Al Qurtubhy juga sefahaman dengan Ibnu Hajar.
Imam Al-Baihaqi menyatakan Harus jika berlaku keringanan seksaan pada kafir , apa yg dimaksudkan oleh dalil tidak bermanfaat amalan kafir , adalah tiada kemungkinan mereka terlepas dari seksaan Neraka dan Tiada pula bermakna akan masuk Syurga pula. Nanti akan kita jelaskan insyallah. Wallahu a’lam. Rujukan yang sama.


Berkata pembangkang:

b) Banyak Riwayat lain yg menunjukkan bahawasanya Abu Lahab tidak memerdeka kan Suwaibah ketika beliau memberi berita kelahiran Rasulullah SAW.antara riwayatnya :-
Ibnu Sa'ad berkata, "Muhammad bun Umar al-Waqidi bercerita kepada kami dari tidak hanya satu orang dari seorang ahli ilmu mereka berkata, "Rasulullah SAW menghubunginya ketika dia di Makkah dan Khadijah(Saidatina RA) menghormatinya (Suwaibah). Pada saat itu dia masih budak (Hamba). Lalu Khadijah meminta kepada Abu Lahab agar Suwaibah dijual kepadanya untuk dimerdekakan. Tapi Abu Lahab menolak. Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, Abu Lahab memerdekakannya. Lalu Rasulullah SAW mengirim mankanan dan pakaian kepadanya, hingga datang kabar kepada beliau bahawa dia telah meniggal dunia pada tahun 7 H. Ketika pulang dari Khaibar.
Al-Hafidz bin Abdul Barri dalam biogarfi Nabi SAW, setelah menceritakan penyusuan Suwaibah kepada Rasulullah, dia berkata,"Suwaibah dimerdekakan oleh Abu Lahab setelah Nabi SAW hijrah ke Madinah.
Ibnu al-Jauzi berkata," Suwaibah menghadap Rasulullah SAW setelah Beliau menikah dengan Khadijah lalu Rasulullah SAW menghormatinya dan begitu juga Khadijah. Pada saat itu dia masih menjadi budak (hamba), kemudian dibebaskan oleh Abu Lahab.
Jadi perkhabaran bahawa Suwaibah dibebaskan oleh Abu Lahab sebaik Sahaja dia memberi khabar kelahiran Rasulullah SAW adalah diperselisihkan dan yg lebih Rajih adalah dia dibebaskan setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan tak ada kena mengena dgn tarikh kelahiran Rasulullah SAW. WAllahu'alam


Jawapan:
Pertama:

Al Waqidi , seorang ahli sejarah, telah maklum disisi Wahabi tidak menerima riwayat nya , sehingga ada yg mengatakanya sebagai pendusta. Kenapa pula anda mengambil pakai pula apabila sesuai dengan pendapat anda sendiri?.
Kedua:

Waqidi tidak pula menyebut sanad-sanad riwayat ambilan ceritanya. Hanya menyebut diambil dari tidak seorang dari Ahli Ilmu. Bukankah anda semua sangat-sangat halus perhatian pada sanad-sanad dan selalu sangat mengulang-ngulang kata-kata ,kalau tak bersanad maudhu’?. Adakah anda mengharamkan acara mauled dgn hadis tak bersanad?.


Ketiga:

Telah maklum , kitab-kitab Tawarikh tidak boleh dijadikan dasar berdalil dalam soal hukum ahkam. Kitab-kitab yang anda sebutkan itu adalah kitab tawarikh .

Walau bagaimana pun , dalil bermaulid bukan berdasar kan semata-mata cerita tersebut . Kalaupun dibawa kisah Abu Lahab ini , hanyalah sebagai penambah sahaja. Bukan asas terhadap hukum harus diadakan acara sambutan mauled .

KESIMPULANNYA:

Semua riwayat berkenaan pertemuan Nabi s.a.w dgn Suwaibah selepas Hijrah adalah tidak tahqiq bagi menunjjukkan Masa Suwaibah dimerdekakan pada ketika itu. Riwayat yang lebih mantap adalah yang menunjjukan Suwaibah telah dimerdekakan ketika kelahiran Nabi s.a.w . Oleh yg demikian, tidak boleh jadi hujjah bagi mereka yg berdalilkan semata-mata riwayat pertemuan Nabi s.a.w dan Siti Khadijah dengan Suwaibah selepas hijrah sebagai batal riwayat yg mengatakan Suwaibah dimerdekakan semasa kelahiran Nabi saw apabila di gandingkan keduanya kemudian ditarjih.



Pembangkang menulis lagi :

salams

ana lebih suka ambik pendapat imam Ibn Hajar (852h)..sebab dia bukan beri pendapat suruh kita bertekak..dia cari jalan tengah....Berdasarkan hadis yang dibicarakan oleh tuan2, telah dirongkaikan oleh imam Ibn Hajar:

berdasarkan hadis tsbt (hadis Abu Lahab), ia menyatakan bhw si kafir juga turut bermanfaat dalam amal solehnya di akhirat kelak, namun begitu ia ternyata menyalahi ayat Quran yang menyebutkan:قال الله تعالى: وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناههباء منثورا"Kami perlihatkan kepada mereka (si kafir) daripada segala amalan mereka itu pada suatu amal, maka Kami jadikannya bagaikan debu2 yang berterbangan".
Aku menjawab:
1-khabar ini adalah mursal yang dibawa oleh Urwah dan tidak disebutkan siapakah yang telah memberitahunya serta dri kenyataan mimpi yang tidak boleh dibuat hujah padanya, maka sekiranya Tsuwaaibah yang bermimpi mengenai hal tersebut dan beliau masih belum Islam(sbgmn yg disebutkan khilaf mengenai pengislamannya) maka itu tidak juga boleh dijadikan hujah.
2-Jika mereka ingin mengambilnya juga dengan menggunakan ihtimal dari hadis atau hujah berfaktakan mengenai Abu Talib yang diringankan seksanya.

a.Berkata Baihaqi: apa yang dinyatakan sebagai keringanan seksa si kafir ini, ia bermakna mrk tetap tidak boleh keluar dari neraka dan tidak boleh juga masuk ke syurga, dan harus diringankan azab seksadaari dosa2 mereka yang melakukan amalan baik.

b.Berkata pula Qadhi Iyadh: ijmak ulaama menyatakan bhw org kafir tidak bermanfaat amalan baaik mereka dan tidak diberi pahala dan tidak juga diringankan azab mereka, bahkan ada sesetengah itu lbh berat seksanya dari yang lain.
c.Aku berpendapat (imam Ibn Hajaar): hal ini tidak diterima sebagai ihtimal, sepertimana yang dinyatakan oleh Baihaqi, kerana semua perkara yg diterangkan berkaitan dengan dosa kafir tulen, adapun seluruh dosa mereka yang tidak kafir (muslim munafiq/fasiq) mka takada halangan untuk diringankan azab mereka.

d.Berkata aal-Qurthubi: keringanan ini khusus kepada mereka yg mempunyai nas padanya sahaja.
e.Berkata ibn Munir dalam hasyiahnya:

i.Mustahil si kafir ini dapat keringanan sebabnya ialah kepatuhan si kafir dengan kekafirannya. Ini kerana syarat kepatuhan dan taat hendaklah adanya niat yang betul soheh. Tapi hal ini tidak ada pada mereka yang kafir.
ii.Pahala kebaikan kepada si kafir pada sesetgh amalannya, adalah dari kurniaan Allah kepadanya. Ini tidak mustahil bagi akal untuk menerimanya.Maka apabila diakui sebegitu, bukanlah pembebasanTsuwaibah oleh Abu Lahab itu sebagai satu perkara baik yang harus diambil kira, tetapi adalah menjadi hak Allah mengurniakannya atau tidak (sekiranya Allah kehendaki) sbgmn kurniaanNya kepada Abu Talib. Adapun hal yang perlu diikuti dalam hal sebegini adalah lebih baik berdiam diri daripada menafikannya atau menyokongnya. Pada pendapat aku, untuk menutup dari membicarakan hal ini, perkara ini mendapat kurniaan sbgmn yg disebut sebagai tanda kemuliaan bagi si kafir atas kebaikan yang dilakukannya. Wallah hu a’lam.(Fathul Bari - jilid 9 hlm.144)wassalam

Kami Menjawab:


Kami menukilkan terjemahan yang betul dari kitab Fathul Baari tersebut seperti berikut:

Komen Ibnu Hajar al-Asqolani:

{Pada hadis terdapat petunjuk bahawa orang kafir mendapat manfaat daripada amalan soleh di akhirat. Tetapi berlawanannya dengan al-Quran firman Allah s.w.t ayat 23 surah al-furqan:”Dan kami lihatkan kepada amalan mereka daripada sesuatu daripada amalnya maka kami jadikannya debu-debu yang berterbangan”. Di jawab: pertama: bahawasa khabar tersebut adalah Mursal telah mengIrsalkan oleh Urwah dan beliau tidak menyebut siapakah yang menceritakan khabar tersebut. Dan di atas fardhu takdir bahawa khabar tersebut adalah Mausul(berhubung dengan Nabi) maka apa yang terdapat dalam khabar tersebut adalah mimpi seorang yang tidur maka tiada menjadi hujah padanya. Dan barangkali perkara yang telah dimimpikannya itu tidak berlaku, kerana disana itu lebih selamat selepas (setiap berlaku mimpi) maka tidak dijadikan hujah dengannya}.

Ulasan kami:

Disini satu kesilapan pada terjemahan anda , sehingga mengatakan suwaibah yg bermimpi. Sebenarnya bukan Suwaibah yg mimpi.

Kedua:

Ikhtilaf keIslaman Suwaibah dijadikan sebab tertolaknya harus keringanan dosa kafir. Saya menyatakan KeIslaman Suwaibah berdalilkan kekukuhan hadis yg diriwayatkan:
“Aslam ,telah mengislamkannya (atau menyelamatkannya) oleh Allah”. Gantinama “NYA” dlm Hadis tersebut memaksudkan Suwaibah sebab beliau adalah dari keturunan Bani Aslam yang telah di doakan oleh Rasulullah s.a.w.
1)Al Bukhari juz 2 /33.
2)Muslim bab Fadhailul Sahabah ,133.
3)Ahmad 2/20.
4)Al Baihaqi 2/208
5)Al Hakim 3/3406) At Thobarani -Mu’jam Kabir 1/134.
Memang keIslaman Suwaibah telah berlaku ikhtilaf para ulamak, tetapi ianya tidaklah menjadi masalah kepada kita untuk menerima pendapat yang lebih kuat pada sisi mereka yang boleh diikuti pendapatnya seperti Imam Ibnu Mandah yang meriwayatkan riwayat yang memantapkan keIslaman Suwaibah , Al Hafiz Ibnu Arabi al-Maaliki didalam Sirajul Muriidin berkata: "Bahawa tiada seorangpun yang menyusui Nabi s.a.w melainkan telah Islam ia" dan Imam Sayuthi juga telah mengemukakan beberapa keterangan. Wallahu a,lam.

Ketiga :

Berkenaan Mursalnya hadis tersebut, telah kita bahaskan dahulu. Ianya tertolak dari diamalkan jika bertentangan dgn Dalil yg kuat dari nya. Tetapi dalam masalah ini tiada pertentangan yg berlaku sebagaimana yg telah di taujihkan oleh Al Baihaqi dan Ibnu Hajar diakhir nanti. Jawapan disini hanya menjawab kemuskilan pertentangan hadis mimpi tersebut dgn zahir ayat quran sahaja, tanpa ditaujihkan lagi.Perlu diingatkan diawwal-awal jawaban disini bukanlah merupakan pendapat beliau. Beliau hanya menaqalkan jawapan secara am sahaja. Nanti kemudian akan beliau jelaskan jawapannya dengan “Qul Tu” .
Keempat:

Ibnu Hajar mengIhtimalkan kemungkinan diterima Mausulnya hadis Urwah tersebut, mengapa demikian ?.

Jawabnya: Terdapat riwayat2 yg lain yg boleh dijadikan sokongan dan menjelaskan siapa yg bermimpi dan dari siapa Urwah menerima khabar. Dan telah maklum setiap mursal jika mempunyai sokongan ternaiklah ia. Ini Dalam perbahasan Ilmu hadis, lebih-lebih lagi kalau dalam feqah. Terdapat 17 sebab pembolehan berdalilkan hadis-hadis mursal.

Kelima:

Nampaknya anda telah meninggalkan perkataan Ibnu Hajar “Dan diatas fardhu takdir mausul hadis tersebut…”.?.. Mungkin takut tersebelah kepihak lain pulak.

Keenam:
Sekalipun mimpi tiada dijadikan hujjah dan dalil.Ini telah maklum kita telah terangkan dulu , Hadis ini tak boleh ditolak begitu saja percuma, telah kita jelaskan dalil mauled bukan dgn hadis ini. Ianya sebagai iktibar saja. Tapi anda sangat takut menterjemahkan kalimat Mausul dlm Fathul Baari tersebut, takut kalau-kalau tak serupa dgn fahaman anti mauled. Wallahu a’lam.


Imam Ibnu Hajar dlm Fathul Baari menyatakan seterusnya:

Kedua: di atas fardhu takdir diterima hadis tersebut, bahawa adalah ia berkait dengan Nabi s.a.w secara khususiah. Berdalilkan kisah Abi Talib seperti yang terdahulu perbahasannya, bahawa telah diringankan seksa daripadanya kerak Neraka kepada puncaknya.


Ulasan kami:

Disini Ibnu Hajar membuat taujih diterima Hadis tersebut atas wajah tiada berlawanan dgn ayat AlQuran tersebut lantaran perkara keringinan seksaan kafir ini terkhusus (khususiah) pada Nabi s.a.w saja.Wallahu a’lam.

Ibnu Hajar menulis lagi:

Imam al-Baihaqi berkata : Perkara yang telah diwaridkan berkenaan pembatalan pahala kebajikan bagi orang-orang kafir maka maknanya “Bahawa sesungguhnya tidaklah mereka itu terlepas daripada api neraka dan tidak juga masuk syurga”. Dan HARUS diringankan seksaan Azab terhadap mereka, yang mewajibkan (TETAP) seksaan disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan adalah (DIMAKSUDKAN KEPADA) DENGAN PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN YG TELAH MEREKA LAKUKAN SELAIN (DOSA) KUFUR.
Ulasan kami:

Disini Imam Baihaqi menjelaskan perbezaan dua bentuk amalan yg dilakukan oleh orang-orang kafir.

Pertama:Dosa Kekufuran.

Kedua :Amalan kebajikan yg dilakukan oleh Orang-orang kafir.

Beliau telah membuat kajian dan analisa terhadap dalil samada al Quran atau Al Hadis berkenaan dosa-orang dan amalan orang-orang Kafir , kesemua maksud dalil-dalil tersebut bermaksud ketiadaan kemungkinan mereka terlepas dari neraka dan masuk syurga. Ini disebabkab dosa kufur mereka . Perlulah difahami bahawa kufur atau tidak beriman adalah merupakan amal dosa juga dan satu dosa yg amat besar. Satu lagi bentuk amal pula yg pernah dilakukan oleh orang -orang kafir yaitu amal kebaikan/kebajikan , maka yg ini tidak mustahil mendapat keringanan.

Imam Ibnu Hajar seterusnya menyebut:

Ada pun Qodhi Iyadh telah berkata :Ijmak telah berlaku “Bahawa tidak bermanfaat amalan-amalan mereka dan tidak diberi pahala serta tidak ada keringanan azab sekalipun sebahagian daripada mereka sangat-sangat diazab berbanding sebahagian mereka yg lain”. Aku (Ibnu Hajar) menjawab: Ini tidak boleh membangkang Ihtimal yang telah disebut oleh Baihaqi, kerana sesungguhnya semua perkara yang telah datang hadis berkenaan perkara tersebut adalah berkaitan dengan dosa kekufuran. Ada pun dosa yang selain dari dosa kekufuran maka, apakah pula sesuatu perkara yang boleh menghalang daripada keringannanya?.

Ulasan kami:

Pertama :

Nampaknya Imam Ibnu Hajar Amirul Mukminin Fil Hadis menyokong ulasan Imam Al Baihaqi. Ini Jelas dengan diperhatikan cabaran dari Imam tersebut “Ada pun dosa yang selain dari dosa kekufuran maka, apakah pula sesuatu perkara yang boleh menghalang daripada keringanannya?”. Sementara pula kenyataan Qodhi Iyyadh berkenaan ijmak , tidak pula boleh dijadikan alasan. Sebab Taujihnya telah dinyatakan pula oleh Imam Ibnu Hajar , Wallahu a’lam

Kedua:

Anda menterjemahkan “Aku berpendapat (Ibnu Hajar) : Hal ini tidak dapat diterima sebagai Ihtimal sepertimana yg dinyatakan oleh Baihaqi,kerana semua perkara yg diterangkan berkaitan dengan dosa kafir tulen, adapun seluruh dosa mereka yang tidak kafir (muslim munafiq/fasiq) mka tak ada halangan untuk diringankan azab mereka”.

Dimana pula anda memahami ibarat Ibnu Hajar sebegitu?, kita tidak tahu dimana ambilannya. Ibnu Hajar tak pula menyebut dosa Islam munafik, fasik … Disini hanya di bahas kan dosa Kaafir.


Imam Ibnu Hajar Meneruskan lagi:

Al-Qurthuby berkata :

Ini adalah keringanan yang khas untuk perkara ini sahaja dan dengan sesiapa yang ada Nas padanya. Berkata Ibnu Munir, di dalam Hasyiah:
Disana terdapat dua qodhiyah.
Pertamanya: mustahil iaitu ikhtibar ketaatan orang-orang kafir serta kekufurannya, kerana syarat sah taat adalah berlaku ia dengan niat yang soheh. Dan ini tiada didapati dari seorang kafir.
Kedua: Memberi pahala kepada kafir atas sebahagian amalannya adalah suatu sifat kemurahan daripada Allah s.w.t, dan ini tidaklah memustahilkannya oleh akal.
Maka apabila telah tetap seperti itu keadaannya , maka nescaya tidaklah memerdeka Abu Lahab akan hambanya Suwaibah adalah merupakan suatu qurbah (kebajikan) yang diambil kira dan Harus (pula) bahawa memberi kemurahan Allah taala terhadapnya dengan perkara-perkara yang sebagaimana Allah taala anugerahkan kepada Abi Talib. Dan perkara yang diikuti pada masalah yang (seperti) itu, adalah Tauqif (tidak membincangkannya) kepada Nafi dan Isthbat.
Aku (Ibnu Hajar ) berkata: Dan penyudah bahasan ini bahawa, berlaku kemurahan Allah taala yang tersebut kerana MEMULIAKAN KEBAJIKAN yang berlaku daripada pihak si kafir, dan seumpama -seumpama(KEBAIKAN)nya. Walahhuallam.

Tammat Fathul Baari

Rujukan:
1) Fathul Baari juz 9 ms 49 , tahkik bin baaz,Darul Rayyan.
2)Fathul Baari juz 19 ms 175, tahkik Taha Abd. Rauf Darul Qohirah.
3)CD muallifat ibnu Hajar. Darul At Turas.


Ulasan kami:

Nampaknya jelas Ibnu Hajar menyokong pendapat “ada keringinan seksa” pada kafir seperti Abu Lahab.

Anda telah menterjemahkan di perenggan terakhir perkataan perkataan Fathul Bari ( Ibnu Hajar) dgn terjemahan yg betul.

“Aku (Ibnu Hajar )berkata: Dan penyudah bahasan ini bahawa, berlaku kemurahan Allah taala yang tersebut kerana MEMULIAKAN KEBAJIKAN yang berlaku daripada pihak si kafir, dan seumpama (KEBAIKAN)nya. Walahhuallam”.

Tetapi anda tidak meng highlight kan kata-kata Ibnu Hajar yg terakhir ini. Mungkin tidak ada faedah untuk mereka yg anti mauled. Wallahu a’lam.
Dengan itu jelaslah apa yg diterjemahkan oleh anda dan yang sependapat dengan anda adalah tidak benar. Demi untuk membetulkan fahaman mereka sangguplah memutarkan mutarkan terjemahan.

Satu lagi diperingatkan,

Sesungguhnya kami tidak ada langsung terbetik didalam hati Kasih kan Abu Lahab penentang Nabi s.a.w, wal iyyazabillah.
Telah maklum , kasih hanya lah untuk Allah dan Rasul Nya.
Bagi mereka yang anti acara mauled , sanggup menuduh ahli acara mauled sebagai kasihkan Abu Lahab pula . Macam-macam, boleh berlaku bila dah fikiran tidak mengikut kaedah yang betul. wassalam.

http://pondoktampin.blogspot.com/search/label/FEQAH?updated-max=2006-09-27T02%3A05%3A00%2B08%3A00&max-results=20

Wednesday, November 21, 2007

Tempoh Edah Ialah 4 Bulan 10 Hari


Syeikh al-Maraghi berkata: Kalam sebelum ini berkenaan dengan segala hukum talak dari segi bilangan dan kaifiyatnya. Begitu juga dalam masalah hukum rujuk dan cerai dengan baik. Maka Allah menyebut ayat berikut.

Begitu juga Sayid Qutub berkata: Setelah selesai menjelaskan hukum-hukum dan peraturan bagi wanita yang dicerai dan bagi menghadapi kesan-kesan yang terbit dari penceraian itu, maka al-Quran mulai menjelaskan hukum perempuan yang kematian suaminya, iaitu hukum idahnya, hukum melamarnya selepas habis idah dan hukum melamarnya secara sindiran semasa idah.

Allah berfirman: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (al-Baqarah: 234)

Ibn al-Arabi berkata: Tentang hukum nasakh pada ayat di atas, ada dua pendapat mengenainya:

* Ayat ini memansuhkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 240 yang bermaksud: Iaitu diberi nafkah sagu hati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Idah perempuan yang kematian suami semasa permulaan Islam ialah setahun sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah. Kemudian Allah s.w.t memansuhkan idah tersebut dengan idah selama empat bulan sepuluh hari. Inilah pendapat yang terbanyak.

* Ayat ini dimansuhkan oleh firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 240 yang bermaksud: Iaitu diberikan nafkah sagu hati (makan,pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) tentang apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka daripada perkara yang patut. Iaitu isteri itu boleh beridah sampai bila yang dia mahu. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas dan `Atta'.

Namun yang paling sahih ialah pendapat yang pertama.

Firman Allah: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak).

Sayid Qutub berkata: Dahulu wanita yang kematian suami dilayan kasar oleh keluarga, kaum kerabat suami dan masyarakat umumnya. Menurut tradisi Arab, apabila suami meninggal dunia isterinya akan masuk di tempat yang buruk dan memakai pakaian yang paling hodoh. Dia tidak boleh menyentuh minyak wangi selama setahun. Selepas itu dia keluar menunaikan beberapa upacara jahiliah seperti mengambil dan membaling tahi binatang, menunggang keldai atau kibasy dan lain-lain. Tetapi apabila Islam datang ia meringankan penderitaan perempuan yang kematian suaminya. Malah ia menghapuskan semua penderitaan itu.

Islam menetapkan idahnya hanya empat bulan sepuluh hari. Bagi yang hamil, maka idahnya lebih lama sedikit daripada idah perempuan yang dicerai untuk membersihkan rahimnya dalam masa itu. Dia tidak melukakan perasaan keluarga suaminya dengan keluar terus (selepas kematian itu). Dalam masa idah, dia dikehendaki memakai pakaian yang bersopan dan tidak berhias untuk peminangan, tetapi selepas habis idah, maka tiada siapa yang boleh mengganggu kebebasannya sama ada keluarganya sendiri atau keluarga suaminya.

Malah ia mempunyai kebebasan menentukan perilakunya yang baik yang termasuk dalam garisan undang-undang Allah dan syariat-Nya. Ia boleh berhias dengan perhiasan yang dibenarkan oleh Islam. Ia boleh menerima pinangan dan boleh berkahwin dengan sesiapa yang disukainya, dan hasrat keinginannya itu tidak boleh dihalang oleh tradisi yang lapuk atau oleh keangkuhan yang palsu dan tiada yang mengawasinya melainkan Allah.

Firman Allah: Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Walaupun lafaz ayat ini menunjukkan khabar dan maksudnya juga sebagai pemberitahuan, tafsiran ini bermaksud khabar itu berlaku sejajar dengan lafaznya dan kalam Allah tetap benar.

Di sini diterangkan beberapa permasalahan:

Pertama: Perkataan menunggu atau Tarabbus. Ada tiga perkara yang berkaitan dengannya iaitu perkahwinan, berwangi-wangian dan berpakaian cantik serta berurusan dan keluar rumah. Tentang perkahwinan: apabila isteri yang kematian suami melahirkan anak walaupun tidak lama setelah kematian suaminya, maka timbul perselisihan pendapat kepada tiga pendapat.

* Isteri itu halal (daripada idah).

* Dia tidak halal melainkan setelah berlalunya tempoh bulan-bulan tersebut, iaitu pendapat Ibn Abbas.

* Dia tidak halal melainkan setelah suci daripada nifas, iaitu pendapat al-Hassan, Hammad bin Abi Sulaiman dan al-Auza’ie.

Sepintas lalu pendapat Ibn Abbas agak jelas, tetapi (ia menjadi lemah) oleh sebab terdapat hadis Subai’ah al-Aslamiah yang melahirkan anak beberapa malam selepas kematian suaminya. Lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya: Kamu telah halal, maka berkahwinlah dengan siapa yang engkau mahu. Hadis ini adalah sahih dan diriwayatkan oleh para Imam.

Kedua: Adakalanya bercampur dua benih dalam satu rahim. Oleh itu, idah yang dikira bagi kedua-dua benih itu ialah idah yang paling lama. Hal ini berlaku dalam beberapa contoh, antaranya apabila suami yang diisytiharkan meninggal dunia tiba-tiba kembali dan meninggal dunia, sedangkan ketika itu isterinya mengandung hasil perkahwinan dengan suami kedua.

Dalam hal ini, tempoh isteri beridah adalah terbanyak daripada dua idah (iaitu idah suami pertama iaitu idah kematian suami dan idah suami kedua iaitu sehingga melahirkan anak). Begitu juga jika suami yang disangka mati pulang kemudian menceraikan isterinya. Maka isterinya yang ketika itu telah berkahwin lain tidak selesai idahnya dengan melahirkan anak, malah hendaklah dimulakan dengan bilangan tiga kali haid setelah melahirkan anak.

Ketiga: Tentang memakai wangian dan berhias. Diriwayatkan daripada al-Hassan bahawa beliau berpendapat perkara itu boleh dilakukan dengan mengemukakan hujah bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Asma’ binti Umais ketika suaminya, Jaafar meninggal dunia: Tahanlah dirimu selama tiga hari kemudian buatlah apa yang engkau mahu. Hadis ini adalah batil.

Para Imam meriwayatkan daripada Zainab binti Abi Salamah daripada Ummu Salamah daripada Nabi s.a.w bahawa seorang perempuan datang kepada Nabi seraya berkata: Sesungguhnya puteriku kematian suaminya, dan dia mengadu sakit pada matanya. Apakah dia boleh memakai celak pada kedua-dua belah matanya? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak, diulanginya dua kali atau tiga kali. Kemudian baginda bersabda: Tempohnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sedangkan pada masa dahulu seorang perempuan melontar najis unta apabila genap setahun.

Zainab berkata: Wanita (pada zaman jahiliah) yang kematian suaminya memakai pakaian paling buruk dan masuk dalam rumah kecil tanpa menyentuh wangi-wangian sehingga berlalu tempoh setahun. Setelah itu dibawa seekor binatang sama ada keldai, kambing atau burung lalu dia menyapukan kotoran tubuhnya pada binatang itu. Biasanya benda yang disapu kotoran tubuhnya itu akan mati. Kemudian dia keluar lalu diberikan najis unta, lalu dia pun melontar najis itu. Setelah itu barulah dia kembali membuat apa yang dia mahu seperti memakai wangian atau sebagainya.

Keempat: Tentang isteri kematian suami yang keluar rumah, ada tiga pendapat:

* Keluar kerana berpindah rumah. Dalam hal ini dia tidak boleh berbuat demikian (semasa dalam idah) menurut kebanyakan ulama, melainkan pendapat yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, ‘Atta’ dan Sufiyan al-Tahuri. Hal ini kerana mereka menganggap ayat berkaitan keuar rumah itu tidak dimansuhkan. Namun, hal tersebut telah kami terangkan sebelum ini.

* Keluar kerana ibadat seperti menunaikan haji atau umrah. Ibn Abbas dan ‘Atta’ berkata: Mereka boleh keluar menunaikan haji yang fardu ke atas mereka. Umar dan Ibn Umar pula berkata: mereka tidak boleh menunaikan haji. Umar r.a pernah menyuruh perempuan yang sedang beridah supaya pulang dari Baida’ dengan melarang mereka daripada menunaikan haji. Justeru, pandangan Umar daripada kalangan khalifah-khalifah dan pandangan Malik daripada kalangan imam-imam serta selain mereka berdasarkan kewajipan beridah yang umum hendaklah diutamakan. Apatah lagi jika kita mengatakan bahawa kewajipan itu hendaklah dengan cara segera. Namun kewajipan beridah lebih kuat daripada kewajipan berhaji. Hal ini kerana idah itu adalah hak Allah s.w.t dan hak manusia dari sudut menjaga benih dan nasab suami, sedangkan hak haji itu hanya khusus untuk Allah s.w.t sahaja.

* Keluar berurusan pada waktu siang dan pulang pada waktu malam. Ia dibolehkan menurut pendapat Ibn Umar dan selainnya, iaitu dia boleh keluar pada waktu pagi dan pulang ketika waktu tidur. Pendapat mereka ini mengambil kira soal bermalam yang dianggap sebagai tunggak kepada tinggal di rumah dan maksudnya. Inilah yang dimaksudkan dengan hakikat tempat berlindung.

Iktibar Ayat:

* Kewajipan beridah bagi perempuan kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

* Ulama khilaf apabila suami meninggal dunia tanpa pengetahuan isteri melainkan selepas berlalu tempoh idah. Seperti menurut jumhur ulama, idahnya selesai. Walaupun begitu mengikut riwayat Ali, ia bermula dari isteri mengetahui kematian suaminya. Pendapat ini sama dengan al-Hassan, Umar bin Abd. Al-Aziz dan al-Sya'bi.

* Mengithbatkan sifat Allah Maha Mengetahui.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=

2007&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Wednesday, November 14, 2007

Upacara di Tugu Negara

APAKAH HUKUMNYA DIADAKAN UPACARA MELETAK KALUNGAN BUNGA DAN BERTAFAKUR DI TUGU NEGARA.TIDAK SILAP SAYA, SETIAUSAHA NEGARA PERNAH MENGELUARKAN SURAT PERKELILING MELARANG UPACARA DI TUGU.HARAP BERI PENJELASAN.TERIMA KASIH.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-9 memutuskan bahawa:
1. Amalan-amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
2. Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak..

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf