Showing posts with label PERHIASAN. Show all posts
Showing posts with label PERHIASAN. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Hukum Pakai Gelang Perubatan

Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah.

Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan?

JAWAPAN:

Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.

Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini “sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya.”

Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah.

sumber

Saturday, May 17, 2008

Warnakan Rambut Untuk Suami

SOALAN 1
bolehkah seorang isteri mewarnakan rambut (warna perang) semata-mata berhias untuk suami?

JAWAPAN:

Islam membenarkan penganutnya sama ada lelaki mahupun perempuan untuk mewarnakan rambut mereka. Keharusan ini adalah bersyarat, iaitu sebelum mewarna rambut hendaklah seseorang itu memastikan kandungan pewarna itu.

Ini kerana mungkin ada bahan yang digunakan dalam penyediaan pewarna yang mungkin boleh menghalang air dari sampai kepada anggota tubuh badan. Sekiranya pewarna itu boleh menghalang air daripada membasahi rambut maka pewarna itu tidak dibenarkan.

Saya difahamkan bahawa di antara pewarna-pewarna yang ada di pasaran ada kandungan bahan kimia yang boleh menghalang air dari sampai kepada rambut (air tidak melekat pada rambut). Pewarna yang sebegini tidak boleh digunakan.

Jika ada yang menggunakannya akan menyebabkan wuduknya tidak sah, bila wuduk tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Hal ini perlu diberi perhatian sebelum mewarnakan rambut.

Kebanyakan ulama mengharuskan mewarnakan rambut dengan bahan yang asalnya daripada tumbuh-tumbuhan seperti inai dan katam. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik pewarna bagi mewarnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok.” (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205).

Difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya. Sebahagian ulama mengharuskan mewarnakan rambut dengan warna hitam dengan syarat mestilah orang muda dan bukan orang tua. Bagi orang yang sudah berumur inailah yang paling sesuai.

Justeru, saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum.

sumber

Tuesday, December 4, 2007

Menutup Aurat Yang Sebenar

WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.

Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Baca seterusnya

Monday, November 5, 2007

Lelaki Pakai Emas Putih

Soalan:
Bolehkah seseorang lelaki Islam yang akil baligh memakai cincin emas putih (white gold) ?

Jawapan:
Menurut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-52, haram hukumnya lelaki memakai cincin emas putih.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf