Showing posts with label MUTAAH. Show all posts
Showing posts with label MUTAAH. Show all posts

Saturday, May 17, 2008

Perbezaan 2 Mutaah

SOALAN:


Apakah bezanya pengertian ‘mutaah’ (pembayaran saguhati kepada seorang isteri yang diceraikan) dengan istilah ‘mutaah’ (kahwin ‘Mutaah’)

– Abu Hanifah Abdul Hakim,

Kelana Jaya, Selangor.


JAWAPAN:

Amat jauh perbezaan antara dua perkara tersebut. Pertama mutaah (sagu hati) adalah dibenarkan dan disuruh manakala yang kedua pula (kahwin mutaah) adalah haram dan tidak dibenarkan. Ianya cuma dibenarkan sekejap pada awal Islam kemudian dilarang terus hingga hari kiamat, melainkan dalam mazhab Syiah sahaja.

Manakala mazhab lain semuanya mengharamkannya kerana hakikatnya sama dengan perzinaan yang dilarang dalam ayat yang menjadi dalil mereka sebelum itu. Allah berfirman yang bermaksud: dan dihalal bagi kamu wanita yang lain (bukan isteri orang) untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu melalui perkahawinan, bukan secara persundalan (perzinaan).

Maka mana-mana wanita yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikan kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna) sebagai satu ketetapan (dari Allah). (Surah an-Nisaa ayat 24).

Sedangkan kahwin mutaah itu adalah betul-betul sama dengan amalan pelacuran hari ini. Ianya tidak ada wali, saksi, pada tempoh masa tertentu, tanpa ada tanggungjawab. Manakala mutaah yang bermaksud sagu hati pula adalah diambil dari ayat lain bermaksud: tidaklah salah (atau dikenakan apa-apa bayaran) jika kamu ceraikan isteri kamu sebelum kamu sentuh (mencampuri mereka) atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka, walaupun demikian hendaklah berikan mutaah (sagu hati) kepada mereka (isteri yang diceraikan itu), yang mana suami yang senang (hendaklah memberi sagu hati itu) menurut kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya sebagai pemberian (sagu hati) menurut apa yang sepatutnya, lagi menjadi kewajipan terhadap mereka yang mahu berbuat kebajikan (Surah al-Baqarah ayat 236).

Kesimpulannya perbezaan antara keduanya adalah amat jauh sekali, dan tidak akan sama selama-lamanya. Wallahualam.

sumber

Sunday, December 30, 2007

Berapa Nilai Bayaran Mutaah Perceraian?

SAYA baru bercerai dengan suami dan diberitahu bahawa saya boleh menuntut mutaah, selain nafkah edah serta harta sepencarian. Apakah sebenarnya mutaah itu dan berapakah jumlah yang boleh saya tuntut? Bagaimana hakim menilainya kerana bekas suami mengatakan mutaah itu mengikut suka hati beliau hendak beri berapa, sedangkan beliau menceraikan saya selepas berkahwin secara sindiket dengan setiausahanya. Saya tidak bersetuju mendapat sedikit saja bayaran kerana saya kini tidak bekerja dan tiada harta. Dulu saya bekerja sebagai pegawai tadbir di syarikat swasta dengan pendapatan RM5,000 sebulan, tetapi selepas mempunyai tiga anak, suami menyuruh berhenti untuk menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Suami saya seorang kontraktor dan 10 tahun lalu berjaya menjalankan projek perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor atas bantuan saya menyediakan kertas kerja serta urusan akaun syarikatnya. Bagaimana saya ingin mendapatkan jumlah bayaran sewajarnya?

SETERUSNYA