Showing posts with label BERSUCI. Show all posts
Showing posts with label BERSUCI. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

MENGENALI TAHARAH

Pengertian Taharah
  • dari segi istilah, tahara bermaksud bersih atau suci.
  • dari segi syarak, taharah bererti sucinya mushalli (orang yang solat), badannya, pakaiannya dan tempat solatnya daripada najis seperti kentut dan sebagainya.
Maka firman-Nya dalam Al-Quran:

"Dan pakaianm bersihkanlah."

(Al-Muddatstir:4)

"Dan jika kamu junub, maka mandilah."
(Al-Maidah:6)

"Allah tidak mahu menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."

(Al-Maidah:6)

Rasulullah SAW pernah bersabda:


"Kebersihan itu sebahagian dari Iman"
(HR Muslim dan Ahmad)

Jenis-jenis Taharah
  1. Bersuci dari hadas, baik dari hadas besar mahupun hadas kecil. Jenis taharah ini adalah khusus yang mengenai tubuh seperti wuduk, mandi dan tayammum.
  2. Bersuci dari najis, baik yang ada pada tubuh, pakaian mahupun tempat, iaitu dengan cara menghilangkan najis tersebut.

Sunday, November 23, 2008

Bolehkah Berjimak Ketika Haid?

SOALAN: Apakah berdosa apabila saya menolak kehendak suami yang mengajak bersamanya (berjimak) sedangkan selepas itu didapati haid saya masih belum betul-betul kering?

– Nurshuhada Samsi, Alor Gajah, Melaka.

JAWAPAN: Tidak halal bagi seseorang itu melakukan persetubuhan selepas kedatangan haid melainkan sesudah dia bersuci dan mandi hadas, dan selepas mandi hadas (dan bersuci) itu, barulah larangan tersebut terangkat kembali. Ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Maka jangan kamu hampiri mereka sehingga mereka bersuci (mandi hadas) dan bila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka sebagaimana yang disuruh Allah. Allah suka orang yang bertaubat dan bersuci, wanita (isteri) kamu itu ladang kamu maka datangilah ladang (kebun) kamu itu sekehendak (hati) kamu. (Surah al-Baqarah ayat 222-223).

Tetapi sekiranya terlanjur juga semasa dalam pantang tersebut kerana sesuatu kesilapan seperti hitungan dan perkiraan yang salah maka kata ulama digalakkan melakukan sedekah satu dinar atau satu cupak (makanan) kepada fakir miskin untuk satu kesalahan yang telah berlaku sebagai kafarahnya. Demikianlah pendapat kebanyakan ulama. Wallahualam.

sumber

Wednesday, September 3, 2008

Cara Beristinjak

Bersama: MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: Bagaimanakah caranya beristinjak? Adakah harus kita beristinjak pada masa ada air atau tidak dan bagaimanakah caranya?

– Saufi Bin Osman, Kota Samarahan

JAWAPAN: Harus kita beristinjak dengan menggunakan batu, kayu, kertas (tisu) dan sebagainya sekalipun semasa ada air. Ini kerana kita diberi kemudahan dalam soal kebersihan ini dengan beberapa syaratnya, seperti untuk bercermat dan menjimatkan dalam penggunaan air sedangkan kotoran tersebut tidak berlumuran atau meleleh ke tempat lain dan sebagainya.

Sunat beristinjak dengan menggunakan tangan kiri kerana makruh menggunakan tangan kanan. Dan peganglah kayu, batu atau alat istinjak tadi, dengan tangan kanannya dan memegang kemaluannya dengan tangan kiri. Manakala bagi mereka yang bersuci dengan air pula dinasihatkan supaya mendahulukan qubulnya sedangkan bagi mereka yang menggunakan selain air dinasihatkan supaya mendahulukan duburnya dan selepas itu barulah dia berwuduk.

Selain itu, disunatkan menggosokkan tangannya ke bumi dan selepas itu barulah membasuh tangannya dengan air dan sunat juga dia berdeham atau mengurut kemaluannya untuk membersihkannya dari kesan kencing tadi. Ini kerana ada mayat yang diazabkan dalam kuburnya kerana tidak bercermat dalam menjaga kebersihan diri sendiri sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang masyhur itu, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain. Wallahualam.

sumber

Friday, April 25, 2008

Mandi Wajib Ketika Demam Campak

Tangguh mandi wajib
SOALAN: Saya mengalami demam campak yang agak teruk di muka dan tubuh badan. Kebetulan pula saya ingin mandi wajib selepas selesai haid. Tetapi keluarga menasihatkan saya jangan mandi, untuk mengelakkan kulit badan pecah dan meninggalkan parut. Adakah cara lain untuk mengatasinya?

– Siti Payung,

Klebang Besar, Melaka.

JAWAPAN: Anda patut mendengar nasihat keluarga anda tersebut demi untuk kebaikan diri sendiri. Ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan kesan buruk sebagaimana yang diketahui umum. Begitu juga pada pendapat pakar perubatan, anda boleh melakukan tayamum sebagai ganti mandi wajib tadi. Kerana pada masa Rasulullah pernah berlaku di kalangan sahabat yang mati kesejukan akibat mandi wajib tersebut. Caranya amatlah mudah iaitu dengan menepuk dua tangan sebanyak dua kali, kali pertama untuk menyapu muka dan kali kedua untuk tangannya. Justeru dua anggota itu saja yang wajib disapu sebagai anggota tayamum. Apabila anda sudah bertayamum maka anda tidak perlu melakukan mandi wajib lagi. Dalam agama kita ini banyak kemudahan dan kelonggaran yang diberikan sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing. Wallahualam.

sumber

Thursday, April 10, 2008

Berhadas Besar Tapi Tak Boleh Kena Air

SOALAN: Saya mengalami demam campak yang agak teruk di muka dan tubuh badan. Kebetulan pula saya ingin mandi wajib selepas selesai haid. Tetapi keluarga menasihatkan saya jangan mandi, untuk mengelakkan kulit badan pecah dan meninggalkan parut. Adakah cara lain untuk mengatasinya?

– Siti Payung,

Klebang Besar, Melaka.

JAWAPAN: Anda patut mendengar nasihat keluarga anda tersebut demi untuk kebaikan diri sendiri. Ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan kesan buruk sebagaimana yang diketahui umum. Begitu juga pada pendapat pakar perubatan, anda boleh melakukan tayamum sebagai ganti mandi wajib tadi. Kerana pada masa Rasulullah pernah berlaku di kalangan sahabat yang mati kesejukan akibat mandi wajib tersebut. Caranya amatlah mudah iaitu dengan menepuk dua tangan sebanyak dua kali, kali pertama untuk menyapu muka dan kali kedua untuk tangannya. Justeru dua anggota itu saja yang wajib disapu sebagai anggota tayamum. Apabila anda sudah bertayamum maka anda tidak perlu melakukan mandi wajib lagi. Dalam agama kita ini banyak kemudahan dan kelonggaran yang diberikan sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing. Wallahualam.

sumber

Wednesday, January 9, 2008

Apa Kelebihan Berwudhuk?

Menurut riwayat yang sahih, Nabi Muhammad SAW adalah contoh nabi yang paling banyak mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Khalifah Umar al-Khattab pun sering berwuduk sebelum melangkah untuk memulakan perjalanan. Sebaik saja dilantik menjadi khalifah, Umar al-Khattab terus mengambil wuduk lalu mendirikan solat sunat dua rakaat.
Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang mengenai perbuatannya mengambil wuduk pada saat akan menunggangi unta, lalu Saidina Abu Bakar menjawab: "Dengan berwuduk ketika akan melakukan perjalanan, dengan izin Allah kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan."

seterusnya

Wednesday, December 19, 2007

Bolehkah Baca Doa Daripada Al-Quran Ketika Haid?

SOALAN

Orang perempuan yang haid, tak boleh baca quran, doa-doa yang 'seketul' dari al-Quran bagaimana? Contohnya doa naik kenderaan, doa belajar dan lain-lain.


JAWAPAN

Alhamdulillah

Apabila orang-orang tersebut (wanita haidh, nifas, istihadhoh dan juga lelaki junub dan wanita junub) membaca sebahagian dari zikir dari Al Quran, seperti ketika hendak makan dia membaca "bismillah" dan akhir makannya dia membaca "alhamdulillah". Atau ketika hendak naik kenderaan dia membaca "Subhanalladzi sakharalanaa... dst" Dan lain-lain sebagainya, demikian itu apabila orang itu hanya berniat zikir saja, tidak haram. Jika orang itu berniat membaca Al Quran, hukumnya haram. Atau berniat kedua-duanya, juga haram.

wallahu'alam
(sila rujuk Kitab Kifayatul Akhyar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad Al Husni Al Husaini)

*Jawapan oleh Ustaz Miskin

http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=17509

Tuesday, December 18, 2007

Kerat Kuku Pada Hari Apa?

SOALAN

Saya ingin mengetahui kesahihan hadis berikut :-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
1. Barangsiapa mengerat kuku pada hari SABTU, nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
2. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari AHAD, nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
3. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari ISNIN, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
4. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari SELASA, nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
5. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari RABU, nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan.
6. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari KHAMIS, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
7. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari JUMAAT, nescaya keluar dosa-dosanya seperti bayi baru dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
**** KESIMPULANNYA****
Hendaklah memilih hari ISNIN, KHAMIS DAN JUMAAT sebaik-baiknya untuk mengerat kuku...

JAWAPAN

Tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku, dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun, hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

SUMBER
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

Monday, November 5, 2007

Air Jernih Keluar dari Kemaluan Wanita

Air Jernih Keluar dari Kemaluan
Soalan:
Saya seorang remaja, ingin bertanya mengenai satu masalah pada diri saya iaitu setiap kali bila adanya cerita yang menghairahkan atau apa apa saja yang menghairahkan pasti menaikan nafsu saya, dan kadang kadang ada air jernih keluar dari kemaluan saya. Adakah saya perlu mandi wajib atau apakah itu air yang keluar itu?
Sham, KLumpur
Jawapan:
Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air kencing, mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna agak kekuningan dan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak sedar. Keluarnya terjadi apabila naluri syahwat atau ghairah berahi bangkit dan biasanya wanita lebih sering mengalaminya.

Mazi menurut kesepakatan para ulama adalah benda najis yang mesti disucikan dari badan, pakaian serta boleh membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan mandi junub.


http://www.darulnuman.com/soal/urut64.html#631

Tayamum Menggunakan Apa?

Jenis Debu/Tanah Untuk Tayamum
Soalan:
Dalam situasi krisis air yang melanda di tempat saya ketika ini, kemungkinan bertayamum terpaksa dilaksanakan demi untuk melakukan solat. Namun kemusykilan saya adalah dari segi debu yang bagaimanakah harus saya gunakan memandangkan persekitaran tempat kediaman saya yang tidak bersih?
. Safiron
Jawapan:
Allah jadikan permukaan bumi ini bagi umat Nabi Muhammad suatu rahmat yang boleh digunakan untuk membersihkan diri dari hadas dan najis. Rasulullah SAW bersabda: Dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada seseorangpun sebelumku. Aku diberi kemenangan terhadap musuh sejauh perjalanan sebulan, dan dijadikan bumi ini sebagai dan alat bersuci bagiku, maka siapa saja bertemu waktu solat hendaklah ia solat di tempat itu..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Sayid Sabiq; boleh tayamum dengan tanah yang suci begitupun dengan segala yang sejenis tanah seperti pasir, batu, batu bata, berdasarkan firman Allah SWT: "Hendaklah kamu bertayamum dengan sha'id yang baik". Sedang ahli-ahli bahasa telah sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan sha'id itu ialah permukaan bumi, baik ia berupa tanah mahupun lainnya.

http://www.darulnuman.com/soal/urut2.html#17

TAMBAHAN:
Menurut Mazhab Syafie, bertayamum hendaklah dengan debu.

Sunday, November 4, 2007

Hukum Bersentuh Dengan Anjing

Jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, maka ia tidak perlu di samak. Sebaliknya salah satu daripadanya dalam keadaan basah, maka ia wajib di semak dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.

Dari Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Basuhlah bejana seseorang itu bila anjing telah menjilat ke dalamnya, ialah bahawa bejana itu di basuh tujuh kali, salah satunya di campur dengan tanah."

(Diriwayat oleh Muslim)

http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=808

NIAT MANDI WAJIB

SOALAN:

Bagaimana cara berniat mandi wajib?


JAWAPAN:

Niat maksudnya LINTASAN HATI. Apabila kita terfikir saja untuk mandi wajib, itu sudah dikira niat. Tapi jika kita hendak MEMBACA NIAT dalam hati, boleh saja pilih antara yang berikut:

1. Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala
2. Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
3. Sahaja aku menyucikan sekelian hadas pada diriku kerana Allah Taala.

dan yang seumpama dengannya.

Wallahualam.

Alexanderwathern

Solat & Wudhuk Bagi Orang Yang Kencing Tidak Lawas

Saya berumur 16 tahun.saya ada satu penyakit.akibat daripada selalu menahan kencing,air kencing selalu keluar daripada kemaluan saya .jadi apabila saya sedang bersolat,kadang-kadang ia keluar.tapi saya tidak boleh buat apa-apa.memang saya sedar masa ia keluar tapi nak buat macam mana sebab ia penyakit.saya pernah terbaca kalau penyakit takpa dimaafkan tapi saya tak pasti tentang masalah saya ini.saya pula bersekolah di sekolah asrama penuh.jadi kain pelikat yang saya pakai itu ,saya pakai berulang-ulang kali walaupun ianya ada bekas air kencing.tapi saya anggap takpa sebab ia keluar akibat penyakit.sila beri hukum bagi masalah saya ini.


Air kencing termasuk dalam najis mutawassitah (pertengahan). Oleh itu kain pelikat saudara yang terkena kencing itu hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum ia dipakai untuk solat kerana ia dikira bernajis.

Dalam hal ini, saudara hendaklah berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor bagi mengetasi masalah yang dihadapi. Jika ia memang penyakit ( disebut kencing tak lawas), maka dalam keadaan ini saudara hendaklah mengambil wudhu' sebaik sahaja masuk waktu dan memakai alas untuk menjaga air kencing agar tidak terkena pakaian dan tempat solat. Bagi masalah yang saudara hadapi ini, niat wudhu' adalah seperti berikut :

" Sahaja aku mengambil wudhu' bagi membolehkan solat "

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

Wudhuk Bagi Orang Yang Disimen Anggotanya

Bagaimana wudhuk bagi orang yang patah tangan dan disimen di pergelangan tangan hingga ke siku.Simen tersebut akan dibuka selepas sebulan ?


Dalam hal ini, pesakit tersebut hendaklah bertayammum iaitu menepuk kedua belah tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Kemudian bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk di atas debu yang baru. Tapak tangan kanan menyapu tangan kiri, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan walaupun di atas simen. Sekiranya pesakit tersebut berkeupayaan untuk mengambil wudhu' maka dia hendaklah membasuh anggota-anggota yang boleh disapu air. Sekiranya dia tidak berkemampuan (darurat sekiranya terkena air) memadai bertayammum sahaja. Satu perkara yang perlu diingati oleh setiap muslim, solat wajib dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun mengikut kemampuan masing-masing dan solat tersebut wajib diqadha' apabila sembuh.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf