Sunday, November 4, 2007

Solat & Wudhuk Bagi Orang Yang Kencing Tidak Lawas

Saya berumur 16 tahun.saya ada satu penyakit.akibat daripada selalu menahan kencing,air kencing selalu keluar daripada kemaluan saya .jadi apabila saya sedang bersolat,kadang-kadang ia keluar.tapi saya tidak boleh buat apa-apa.memang saya sedar masa ia keluar tapi nak buat macam mana sebab ia penyakit.saya pernah terbaca kalau penyakit takpa dimaafkan tapi saya tak pasti tentang masalah saya ini.saya pula bersekolah di sekolah asrama penuh.jadi kain pelikat yang saya pakai itu ,saya pakai berulang-ulang kali walaupun ianya ada bekas air kencing.tapi saya anggap takpa sebab ia keluar akibat penyakit.sila beri hukum bagi masalah saya ini.


Air kencing termasuk dalam najis mutawassitah (pertengahan). Oleh itu kain pelikat saudara yang terkena kencing itu hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum ia dipakai untuk solat kerana ia dikira bernajis.

Dalam hal ini, saudara hendaklah berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor bagi mengetasi masalah yang dihadapi. Jika ia memang penyakit ( disebut kencing tak lawas), maka dalam keadaan ini saudara hendaklah mengambil wudhu' sebaik sahaja masuk waktu dan memakai alas untuk menjaga air kencing agar tidak terkena pakaian dan tempat solat. Bagi masalah yang saudara hadapi ini, niat wudhu' adalah seperti berikut :

" Sahaja aku mengambil wudhu' bagi membolehkan solat "

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

No comments: