Sunday, November 4, 2007

HUKUM LELAKI BERTINDIK

Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?


Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Wallahu A'lam.

http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=820


No comments: