Sunday, November 4, 2007

Asap / Gas Najis Terkena Pakaian

Seperti mana yang kita tahu,asap atau gas yang mempunyai salah satu ciri-ciri najis dikira najis iaitu ada bau,warna dan rasa.soalan saya,adakah gas berbau yang keluar dari logi kumbahan yang tidak bewarna dan tidak ada rasa boleh menyebabkan pakaian atau rumah kita dikira bernajis sekiranya angin meniup bau tersebut ke arah kita atau ke dalam rumah kita.bagaimana hendak kita elakkannya kerana logi terletak berhampiran rumah


Dalam hal ini, pakaian atau peralatan di dalam rumah saudara yang terkena bau gas yang bernajis tidak dihukumkan najis kerana bau itu adalah daripada tiupan angin, bukan ain (benda) najis yang melekat pada pakaian atau peralatan.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

No comments: