Saya ada seorang kawan yang umurnya kira-kira 43 tahun. Baru-baru ini saya ada berbahas tentang masalah sotong samada ia halal atau tidak dimakan. Dia mengatakan bahawa sotong haram dimakan dan saya kata bahawa sotong halal dimakan berdasarkan hadis nabi yang mengatakan bangkai yang ada di laut halal dimakan. Dia mengatakan hadis itu hadis palsu dan yang paling saya tak sangka, ia mengatakan ulama ahli sunnah semuanya penipu. Rupa-rupanya barulah saya tahu bahawa dia sebenarnya berfahaman syiah. Memanglah org syiah tidak makan sotong kerana dikategerikannya sebagai ulat. Saya telah mengadu hal ini kepada beberapa org ustaz di kuantan namun tiada tindakan apa-apa. Saya harap Yang Mulia dapat memberi penjelasan dan penerangan kepada saya tentang perkara ini dan apa yang patut saya lakukan..
Berkenaan dengan sotong, ia adalah halal dimakan. Dalam menghadapi keadaan yang dikemukakan di atas, saudara dinasihatkan agar menjauhi orang-orang yang berfahaman syiah kerana besar kemungkinan saudara akan terpengaruh dengan pujukan dan dakwaan mereka seperti yang berlaku ke atas saudara itu. Sebagai persiapan diri, saudara juga dinasihatkan agar menguatkan keimanan dan memperbanyakkan membaca kitab-kitab agama bagi tujuan memperkemaskan diri apabila bertemu atau berdiskusi dengan orang-orang yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah..
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
No comments:
Post a Comment