Saya mempunyai seorang isteri yang taat kepada ajaran Islam. Namun disebabkan perkara kecil isteri saya telah meminta cerai. Saya menasihatinya dan enggan menceraikannya. Dalam keadaan yang amat marah dan tertekan isteri saya telah mengucapkan perkara yang meragukan seperti "masuk kristian" "kristian bagus" dll. Selepas itu dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya. Namun saya agak was-was tentang ucapan-ucapan isteri saya itu, walaupn dia mendakwa tidak berniat langsung untuk masuk kristian.
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Jika seseorang yang dalam keadaan terlalu marah dan tertekan maka ketika itu ia dikuasai oleh syaitan yang menyesatkan manusia.
Daripada keadaan tersebut berbagai-bagai ucapan dan perkataan yang terkeluar dari mulut seseorang.
Perkara-perkara yang membawa kepada murtad itu samada dengan niat, perkataan atau perbuatan yang membawa kepada murtad (riddah).
Maka hendaklah menyuruh isteri saudara bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bertaubat nasuha dan berazam/berjanji tidak akan mengulangi lagi. Mohon kepada Allah s.w.t. memelihara iman kita sehingga kita masuk ke syurga Allah s.w.t di akhirat nanti.
Wallahu A'lam
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=816
No comments:
Post a Comment