Jawapan:
Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud, …Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepada-Nya... (Ali Imran: 97).
Dalam ayat ini jelas bahawa Allah memfardukan ibadat haji dan menjadikan kemampuan itu salah satu syarat dalam melakukannya.
Perbuatan puan ini hukumnya harus. Puan tidak bersalah kerana tidak mengajak suami. Haji merupakan ibadat yang diwajib mengerjakannya apabila sudah cukup perbelanjaan. Puan juga tidak dikira berdosa kerana tidak mengajak suami bersama dalam mengerjakan ibadat haji. Namun kalau puan mengajak sekalipun tidak salah juga.
Malahan puan berkorban sebahagian simpanan untuk suami supaya dapat mengerjakan haji. Walaupun abang menemankan puan sebagai mahram dalam perjalanan di tanah suci, tetapi samakah seorang wanita dijaga oleh abang kandung dengan suami?
Jawapannya pasti tidak sama, kerana suami adalah insan yang paling hampir dengan isterinya dan keselamatan
yang sepenuhnya ialah dengan suaminya. Lebih-lebih lagi ibadat haji ini berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.
Apatah sebahagian manasik haji seperti melontar, tawaf dan saie yang suasananya cukup sesak. Kalau ada suami di samping, puan akan rasa lebih selamat dan terjaga.
Walaupun suami puan mengizinkan puan pergi ke tanah suci bersama dengan abang, tetapi saya pasti hati suami puan mesti terkilan. Seolah-seolah si isteri tidak sudi berkongsi hartanya dengan suami dalam mengerjakan ibadat yang agung ini.
Bayangkan si suami juga tahu isteri ada duit yang cukup untuk membawanya. Memanglah dari segi hukum tidak salah tetapi dari sudut menjaga hati dan perasaan suami.
Mungkin dengan berbuat demikian suami berasa dirinya dihargai dan dihargai. Boleh jadi redalah hajinya bersama isteri mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan suami lebih bertanggungjawab.
Suami juga banyak berkorban untuk keluarga dan isteri mungkin itulah sebabnya dia tak sempat kumpul duit.
No comments:
Post a Comment