Wednesday, September 3, 2008

Benarkah Bani Israel Umat Terpilih?

Wahai Bani Israel ! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah: 47)

Huraian

BANI Israel memang ada kelebihan atau disebut terpilih tetapi sebenarnya yang terpilih itu hanya tauhid pada zamannya sahaja dan mereka yang beriman kepada Allah SWT.

Banyak ayat al-Quran menyatakan tentang kelebihan dan nikmat yang diberi kepada Bani Israel. Namun setelah mereka menderhakai Allah, membunuh para nabi, kufur nikmat, mengabaikan perjanjian Allah dan meninggalkan tanggungjawab, maka Allah mengisytiharkan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan mereka itu dengan hukuman laknat, kemurkaan, kehinaan, kemiskinan dan janji azab di akhirat.

Dalam al-Quran sering diingatkan kepada Bani Israel tentang nikmat-nikmat yang diberi kepada mereka. Tujuannya agar mereka sedar serta bersyukur atas nikmat itu seterusnya dapat berdakwah di jalan Allah bukan bersikap sombong lagi ingkar mengundang murka dan azab Allah SWT.

Penutup

Bani Israeladalah satu kaum yang terpilih dan dimuliakan oleh Allah pada zaman mereka. Dari golongan mereka lahir ramai para Nabi dan Rasul. Akan tetapi lahir juga di kalangan mereka yang ingkar dan kufur terhadap nikmat yang telah di kurniakan Allah maka azab Allah tetap ditimpakan sebagai pengajaran dan hukuman.

SUMBER

No comments: