Tuesday, December 18, 2007

Kekaji Lembut Semulajadi

Soalan:

Saya mempunyai seorang kawan yang dilahirkan secara fizikalnya normal sebagai seorang lelaki, tetapi jiwa dan nalurinya adalah seperti seorang perempuan. Daripada segi hukum apakah batasan pergaulan dan pandangan matanya terhadap lelaki, sekiranya setiap pandangan ada satu perasaan tertentu?
Man, KL
Jawapan:

Sifat lemah lembut merupakan perkara yang terpuji dan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Bahkan Rasulullah SAW sendiri mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun ini. Jika teman anda mempunyai naluri seorang perempuan yang lebih mendekati kepada sifat pondan, maka sifat seperti ini tidak terpuji dan dinilai sebagai menyerupai wanita. Jika sifat ini wujud secara semulajadi semenjak dilahirkan, ia tidak tercela, kemudian bagi yang terlibat hendaklah berusaha menghilangkannya. Tetapi jika ia sengaja bertujuan menyerupai kaum perempuan, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tercela.

Bagi orang yang memang dari semulajadi lagi sudah mempunyai sifat tersebut hendaklah meninggalkan secara beransur-ansur sifat ini. Jika ia enggan berbuat demikian malah masih berterusan dengan sifatnya, perlulah dikeji sikapnya itu. Namun begitu menurut pendapat Imam An Nawawi, bagi mereka yang tidak mampu meninggalkan sifat ini walaupun secara beransur-ansur ia tidak wajar dicela.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai kaum perempuan dan perempuan yang menyerupai kaum lelaki. Sabda baginda: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah mereka. Nabi pernah mengeluarkan seorang Mak Nyah dari rumahnya sebagaimana Umar juga pernah berbuat demikian".

(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

sumber

No comments: