SOALAN:M
Saya biasanya menunaikan zakat pada bulan Disember di dalam kalendar Masihi. Baru-baru ini, saya disaran agar menjadikan bulan Ramadan sebagai tempoh haul (genap setahun) zakat saya, kerana ia berlandaskan tahun hijrah. Apakah rasionalnya?
JAWAPAN:
Sebenarnya wujud perbezaan hari dan masa di antara kalendar Hijrah dan Masihi. Setahun kiraan Hijrah ialah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat, manakala setahun berdasarkan tahun Masihi pula ialah 365 hari 6 jam 9 minit dan 9.5 saat.
Justeru, perbezaan antara setahun hijrah dan Masihi ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepatnya 10 hari 21 jam dan 1 minit.
Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari 5.5 jam dan 3 minit.
Bayangkan apabila seseorang itu hidup selama 60 atau 70 tahun, maka dia pasti akan terkurang masa setahun atau lebih di dalam menunaikan zakatnya kerana mengikut kalendar Masihi.
Oleh itu, kita memang dianjurkan agar kembali menggunakan kalendar hijrah, khususnya di dalam mengingati haul zakat. Ia bukan sahaja dapat memastikan zakat kita lebih tepat haulnya, malah akan mendapat pahala pula kerana mengamalkan sunnah rasul dengan mengutamakan tahun Islam di dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment